Persaingan sengit di antara enam orang peserta akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) iaitu Bob Yusof, Hazrul Nizam, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok dan kumpulan V.E berakhir sebentar tadi setelah ia menobatkan Jaclyn, 43 sebagai juaranya.
Persembahan konsisten Jaclyn Victor sepanjang musim kesembilan dan kehebatan persembahannya pada malam tadi telah melayakkan penyanyi Gemilang ini sebagai juara GV9 di hadapan para juri serta penonton dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Jaclyn yang membawakan lagu All Coming Back To Me Now nyanyian asal Celine Dion, This Is Me, The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru di pentas akhir GV9 sekaligus membawa pulang Anugerah Bintang Memukau Adabi, wang tunai RM100,000, barangan Adabi bernilai RM500, pakej percutian di Royale Chulan Cherating, pakej percutian ke Paris dan piala.
“Pertamanya, terima kasih dan puji syukur kepada Tuhan. Terima kasih kerana membolehkan saya mengharungi semua ini. Pertandingan ini memang gila babas lah. Ia memang hebat dan banyak yang telah saya pelajari.
“Terima kasih banyak-banyak kepada juri, pihak Astro dan terutamanya kepada peminat saya di luar sana. Kamu semua memang gila!
“Kepada rakan-rakan saya di atas pentas ini, terima kasih kerana mendorong saya ke hadapan,” kata Jaclyn.
Ads
Kedudukan Naib Juara pula disandang oleh Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.
Shila Amzah yang dijangka memberikan saingan sengit kepada Jaclyn terpaksa berpuas hati di tempat ketiga sekaligus membaa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang GV9 pada malam ini:
Ads
Juara: Jaclyn Victor
Naib Juara: Bob Yusof
Pemenang Tempat Ketiga: Shila Amzah
Pemenang Tempat Keempat: Tomok
Ads
Pemenang Tempat Kelima: Kumpulan V.E
Pemenang Tempat Keenam: Hazrul Nizam
Pentas akhir Gegar Vaganza 9 diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Edry Abdul Halim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi satu lagi pembaharuan masa terdekat yang akan dijalankan oleh kerajaan.
Mereka akan mengecilkan jumlah kementerian sedia ada kerana ada beberapa buah kementerian yang dilihat ‘redundant’ dari segi skop kerja. Antaranya termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun, beliau tidak menyatakan kementerian lain yang bakal terlibat dalam pemansuhan tersebut.
Satu persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam pada saat ini adalah, apa akan jadi dengan nasib mereka sebagai pekerja? Adakah mereka juga akan dipecat setelah kementerian masing-masing dimansuhkan?
Tun M dalam sidang media memberi jaminan jumlah penjawat awam tidak akkan dikurangkan. Sebagai alternatif, mereka akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi, mungkin ke kementerian lain ATAUPUN ke sektor swasta.
“Kita tidak akan gugurkan mereka selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan. Kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka di jabatan dan agensi lain. Ini bagi mengelakkan mereka hilang pekerjaan.
“Apabila jumlah kementerian semakin kecil, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,” jelas Tun M.
Tambah beliau lagi, situasi seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Dahulu, apabila Telekom diswastakan, kakitangan Telekom juga telah dipindahkan ke syarikat swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam kerajaan. Mereka masih mempunyai kerja, cuma dalam bangunan dan persekitaran yang berbeza.
* * * * *
Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penamatan sebarang kontrak penjawat awam seperti yang ditularkan melalui media sosial.
Bagaimanapun, JPA tidak menolak kemungkinan berlaku penamatan disebabkan kontrak telah tamat tempoh, satu perkara biasa yang terjadi dalam perkhidmatan awam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Status Shahrukh Amin Zulkifli sebagai seorang pelajar yang baru tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan lalu langsung tidak menghalangnya daripada memenangi kejohanan boling antarabangsa, yang berlangsung petang tadi.
Pemain boling Sekolah Sukan Tunku Magkota Ismail (SSTMI) itu melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pemain Korea Selatan, Jeong Tae Hwa yang berusia 50 tahun dengan keputusan 226-219 jatuhan pin dalam pusingan stepladder final The Masters.
Ia adalah sempena Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa MILO kali ke-18 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Petaling Jaya.
Menurut kenyataan Shahrukh Amin kepada rakan media, “Saya pun tak sangka saya boleh menang. Saya cuma nikmati permainan tadi. Mungki tanpa adanya tekanan, saya rasa semakin yakin apabila menunjukkan permainan yang baik tadi.”
Shahrukh Amin juga berkata dirinya akan menyertai skuad pelapis kebangsaan pada Mac, tahun hadapan.
Remaja yang berasal dari Kuantan Pahang itu menunjukkan prestasi mengagumkan apabila dia mendahului saingan The Masters dengan catatn 2,321 jatuhan pin dalam 10 permainan.
Sekaligus, dia meninggalkan pemain profesional lain seperti Parker Bohn III dari Amerika Syarikat dan pemain senior negara, Rafiq Ismail dan Esther Cheah.
A post shared by Shahrukh Amin Zulkifli (@_aminsaz) on
“Saya berharap kejayaan pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan lain selepas ini. Ini juga adalah atas sokongan keluarga, jurulatih iaitu Lamjah Khalil dan kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan, tambah anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.
Sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan ini, Shahrukh Amin berkata dia terpaksa menjalani latihan intensif pada waktu pagi dan malam selepas tamat menduduki peperiksaan. Hasilnya, remaja itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.
Semalam, seorang lagi atlet pelapis boling negara, Qistina Zainal berjaya memenangi kategori wanita, juga si Sunway Megalanes.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat kali pertama sejak kelahiran puteri sulung Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 21 September lalu, pasangan selebriti itu telah berkongsi wajah bayi mereka menerusi Instagram.
Bayi seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan di sebuah pusat perubatan dekat Kuala Lumpur kelihatan cukup comel dengan sepasang mata berwarna seakan-akan kelabu cair. Sambil memuat naik foto tersebut, Ayda dan Nabil turut berkongsi nama yang diberikannya untuknya.
Bukan saja Ayda dan Nabil memuat naik foto Ana Nayla di akaun media sosial masing-masing, mereka juga telah mencipta akaun Instagram khas untuk Ana Nayla. Untungnya menjadi bayi popular bualan orang ramai, akaun tersebut telahpun mencecah 53.4 ribu pengikut (setakat artikel ini dikarang) biarpun usia Nayla baru mencecah seminggu.
Catat ‘Ana Nayla’, “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya!”
Di akaun Ayda pula, kapsyennya berbunyi, “Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.”
Sebelum ini, Ayda dan Nabil sering menggelar puteri sulung mereka ini sebagai Baby Wuff. Proses pembedahan caesarean terpaksa dilakukan setelah bayi tersebut dilahirkan seminggu lebih awal berbanding jadual sebenar.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.