Menarik, Itali Perkenal “Gula-Gula Getah” Kesan Jangkitan COVID-19 Untuk Kanak-Kanak

Share

Sebelum ini, tular di media sosial apabila wajah pelajar sekolah menangis menahan sakit dan takut apabila perlu melalui ujian swab test. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik dan mencatat kes tertinggi dalam sejarah PKP.

Namun lain pula apa yang berlaku di Itali, pihak berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.

Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.

Ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.

Kemudiannya, air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.

Seterusnya, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya jika didapati positif.

Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.

Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini cepat hilang dimuka bumi. 

IKLAN