[ MENANGI BAUCAR ] Menu Ramadan Dan Syawal Di The Coffee Bean & Tea Leaf, Serius Terliur!

Share

 

Ada gerangan coffee lovers di sini..?

 

Sempena bulan Ramadan, musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkala (PKPB) sekarang dan Syawal yang bakal menjelang, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) ingin meraikan peminat menu mereka dengan dua pilihan minuman baharu iaitu Dark Chocolate Chai Tea Latte dan Single Origin Chocolate ! Kedua-duanya hadir dengan promosi menarik.

Dark Chocolate Chai Tea Latte
Pilihan Single Origin Chocolate.

Kedua-dua minuman ini korang boleh nikmati secara panas, sejuk, atau dalam Ice Blended

dari sekarang hingga 31 Mei sahaja di semua cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf pada harga bermula RM14.50 hingga RM18.00.

Paling best, minuman baharu ini digandingkan dengan Chicken Satay Sandwich yang dijual pada harga RM20.50. Dengan dilimpahi kuah kacang berempah ala Siam, ia tambah menarik apabila dihidang bersama roti panini segar atau Yum Chicken Salad.

Memang membuatkan kita semua terliur, kan!

Selain itu, lengkapkan hidangan korang pada Ramadan – Syawal ini dengan pencuci mulut Nuts About You pada harga RM13.95 sepotong dan RM139.90 bagi sebiji kek penuh. Nuts About You adalah khas untuk penggemar rasa enak lapisan kopi, mentega kacang, kekacang dan coklat lazat.

The Coffee Bean & Tea Leaf juga mengembalikan menu kek pandan tradisional ‘The Straits’ yang dilapisi gula Melaka, krim dan keju mascarpone. Yums!

Korang boleh dapatkan semua ini dengan menempah order daripada rumah saja sepanjang PKPB ini.

Dari Kiri : The Straits & Nuts About You.

Promosi Hebat!

The Coffee Bean & Tea Leaf sedang menawarkan beberapa promosi yang wajar korang rebut sehingga 23 Mei ini.

• Beli mana-mana minuman Café (Café Au Lait/Mocha/Vanilla/Hazelnut) / Teh Panas / Teh Latte. Dengan hanya menambah RM5, korang boleh mendapat seketul bagel!
• Beli mana-mana dua sajian pencuci mulut dan dapatkan satu secara percuma! Pilih dari kek, mufin, biskut dan skon.

Potongan 20% Untuk Minuman Kegemaran Korang
Nikmati potongan 20% bagi minuman The Original Mocha Ice Blended®, Cappuccino, Café Latte, Americano, Today’s Brew dan Cold Brew Tea.

Menangi Baucar Percuma

Nah, berita baik untuk korang.

The Coffee Bean & Tea Leaf dan Remaja ingin berikan baucar percuma kepada pemenang bertuah.

Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah. Peraduan ini hanya untuk peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses penghantaran hadiah. Peraduan dibuka bermula hari ini (15 Mei) hingga 20 Mei kelak.

Good luck!

IKLAN