Menabunglah Sampai Tahun Depan, Apple Tangguh Pelancaran iPhone SE 2

Share

 

Semuanya gara-gara ingin memberi fokus kepada 3 model iPhone lain.

 

Sejak awal tahun ini, sudah ada ura-ura sahih yang menyatakan iPhone SE2 bakal diperkenalkan pada fasa kedua (mungkin Jun) tahun ini. Sekaligus, ramai peminat rekaan iPhone original yang lebih tebal dan kecil tak sabar menantikan kemunculannya.

Malah, kami juga dapat memerhatikan banyak peniaga aksesori telefon pintar telah mula mengeluarkan stok aksesori bagi model SE2.

BACA: 6 Perkara Yang Kami Tahu Mengenai iPhone SE2 Setakat Ini.

Namun, laporan dari sumber Forbes minggu ini menamatkan angan-angan pembeli apabila Apple dikatakan akan memberi menangguhkan pelancaran tersebut.

Ini kerana mereka ingin memberi fokus kepada pelancaran 3 model iPhone baru pada tahun ini iaitu iPhone XI, iPhone XI Plus dan juga iPhone 9. Hhmph

! Keluar juga nombor 9 tu kan.

Tapi jangan risau, perancangan untuk melancarkan iPhone SE2 masih onz. Cuma kena tunggu mungkin sehingga tahun hadapan je.

IKLAN