Mata Masuk Habuk Lagi, Iklan Puasa McD Singapura Buat Netizen Sebak Weh!

Share

Pejam celik, pejam celik dah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik Covid-19. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan kekangan merentas negeri dan juga sempadan negara.

Itu realiti dihadapi ratusan rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini, angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.

Memandangkan sempadan Malaysia-Singapura pun telah ditutup hampir lebih setahun, McDonalds Singapura telah menerbitkan sebuah iklan pendek Ramadan tentang rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura menjalani ibadah puasa di negara jiran itu, tanpa keluarga mereka.

 

Video yang berdurasi 2 minit 48 saat itu menceritakan kisah Samsuri dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sejak awal pandemik lagi.

Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan mengalirkan air mata melihat iklan tersebut yang memang related dengan waktu sekarang.

Hmm…dah lama rasanya kita tak melihat iklan menyentuh hati macam ni kan. Dulu iklan Petronas  hasil arahan arwah Yasmin Ahmad yang banyak buat kita tersentuh macam ni…huhu

IKLAN