MasyaAllah, Indahnya Maksud Nama Baby #Fattzura

Share

 

Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.

Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.

Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.

 

REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.

Ia bermaksud..

Nur : Cahaya

Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi

Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia

Abdul : Hamba Allah

Fattah : Penakluk

Indah bukan!

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.

 

IKLAN