
Masjidil Haram, tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Saban hari persekitaran masjid ini tidak pernah sunyi dari puluhan ribu pengunjung yang akan memenuhinya setiap saat melakukan amal ibadat. Bagi mereka yang pernah mengunjungi Makkah, pasti tahu bahawa Masjidil Haram tidak pernah sunyi biar pun pada jam 2 atau 3 pagi kerana begitu ramai umat Islam sedang melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.
Begitu juga Masjid Nabawi, Madinah yang di dalamnya terdapat Makam Rasulullullah SAW yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi. Begitu ramai yang rindu untuk masuk ke Raudhah yang menempatkan Makam Rasulullah, berdoa agar memperoleh syafaat dari Baginda SAW pada hari akhirat kelak.


Namun sejak 27 Februari lalu di mana Arab Saudi telah menggantung visa mengerjakan umrah bagi mengelak penularan wabak Covit-19 yang telah meragut ribuan nyawa selain sudah merebak ke puluhan negara, ternyata masjid-masjid yang amat dirindui oleh umat Islam ini mulai sepi dari kunjungan orang ramai. Sesuatu yang amat jarang kelihatan.
Perkongsian video dari Ustaz Che Pai di fbnya memperlihatkan suasana sekitar yang dahulunya dipenuhi pengunjung, tidak pernah tidak sesak tetapi kini agak sepi. Sama sekali berlainan dan amat jarang menyaksikan peristiwa sebegini.
Apa pun Ya Allah, peliharalah umat islam dan semoga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan kembali dipenuhi umatMu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum Pernah Dibuat Starbucks, Merchandise Dengan Diskaun 80% Pada Weekend Ini

Bila ada peluang yang tak disangka-sangka, jangan teragak-agak untuk merebutnya!
Bermula 28 Jun (Jumaat) hingga 30 Jun ini, Starbucks Malaysia akan melakukan ‘kerja gila’ dengan menganjurkan sebuah jualan gudang yang julung kali diadakan.

Jualan gudang ini akan menyaksikan beberapa promosi yang ditawarkan oleh jenama kedai kopi terkenal itu sehingga potongan 80 peratus daripada harga asal. Jom tengok apakah antara promosi yang dicanang oleh mereka itu.
Pilih Je
Sementara stok masih ada, dapatkan merchandise Starbucks pada harga murah seperti tumbler, botol minuman, cup berdiri, cawan kaca dan sebagainya.

Customize
Ada satu booth khas untuk korang customize tumbler serta cawan yang dibeli pada hari tersebut. Hanya dari 2pm hingga 6pm je.
Happy Hour
Dapatkan rebat RM10 secara serta-merta untuk setiap RM200 yang korang belanjakan di dalam satu resit. Bagi perbelanjaan RM50 dalam satu resit pula, korang boleh dapatkan baucar minuman Starbucks percuma.
Slot Happy Hour-nya adalah 11am-12pm, 2pm-3pm, 5pm-6pm dan 8pm-9pm.
Hadiah Percuma
Kalau korang ada bajet lebih dan belanjakan RM250 dalam satu resit, korang boleh redeem pula hadiah percuma daripada Starbucks.

So jangan lepaskan peluang pada weekend ini untuk ke Event Hall 5, Tingkat 5 di The Starling Mall Damansara Uptown.
Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, ada kiosk Starbucks yang akan berada di sana untuk menyediakan minuman kegemaran korang.
Ingat. Semantara stok masih ada je ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor Ini Kongsi Pengalaman Dan Tip Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Bagaikan ada sinar baru bila bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech mendarat di Malaysia.
Ini bermakna bermulalah Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program vaksinasi terbesar negara diberikan secara percuma ini merupakan ‘pertahanan’ terakhir penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing bagi dilindungi daripada COVID-19. Tapi bukan hanya Malaysia yang melancarkan program vaksinasi ini, malah kebanyakkan negara di dunia juga melakukan hal yang sama.
Baru-baru ini seorang penguna Twitter dan juga merupakan seorang doktor gigi di yang berkhidmat di India berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin di negara tersebut.
Niat doktor ini berkongsi pengalamannya ialah kerana ingin memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang bakal menerima vaksin COVOD-19 ini dalam masa terdekat.
Ini perkongsian beliau
I’m not an influencer but I just want to share with you my story of getting vaccinated💉 in India last Saturday and the side effects I’ve experienced myself.
[THREAD] https://t.co/uS9Yv5hWMO pic.twitter.com/JKOSon7Ldg— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.
Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers. pic.twitter.com/OdBOCa6igi
— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.
“Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers.”
Saya dengan housemates dah lama dah tunggu nak pergi ambil. Ye lah, setiap hari jumpa patients. Pegang mulut and gigi diorang. Risau juga kan. Jadi kami pun pergi ambil vaccine dekat government hospital. Kami pergi dalam pukul 11 pagi.
Pertama sekali bila sampai vaccination centre,ada nurse yg bantu saya daftar, dia nak tahu saya first time atau second time ambil COVID-19 vaccine.
Sbb vaccine ni ada 2 dose. Jarak dgn dose kedua ialah sebulan.
Lepas tu kami perlu queue untuk documentation dan consent. pic.twitter.com/wIIolhRRJU
— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Sakit tak?
Sejujurnya, tak langsung. Macam yg saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu (takde motif pun nak tonyoh)
Selepas disuntik vaksin

Ok now.. how did I feel post-vaccinated?
Sebelum tu, just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:
- pening kepala
- keletihan
- rasa tak sedap badan
- muscle ache
- demam
“Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms.”
Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.
Kenapa ada symtoms semua ni?
Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita. Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu.
Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je. Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.
Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.
Tips selepas cucuk vaksin
Doktor Wani juga sempat berkongsi tip selepas menerima suntikan ini.

Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).
Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru. The next day hari Isnin tu, bangun pagi dah rasa so much better. Saya boleh bertugas di klinik macam biasa. Tak ambil leave and cergas je jumpa patients. Alhamdulillah.
Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.
Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. @DrAmalinaBakri pun dah dapat pfizer.
Lepas baca perkongsian Dr Wani ni terus penulis bersemangat nak terima vaksin ni dan mulakan kehidupan seperti normal kembali.
Sumber: Syazwani smd
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ambil Masa Hanya Sejam, Pelajar Tingkatan 5 Dinobat Juara Menulis Esei Saya #remajaMalaysia

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Biar menghantar penyertaan di saat akhir iaitu pada hari penyertaan ditutup, 16 September lalu, tuah menyebelahi Nur Isma Faqihah binti Mohd Zulkifli, 17 tahun apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan menulis esei Saya#remajaMalaysia.
Dipilih sebagai pemenang utama bagi kategori sekolah menengah dari lebih 500 penyertaan yang diterima, peraduan menulis esei anjuran Majalah Remaja dengan Kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia menyaksikan pelajar tingkatan lima ini membawa pulang hadiah wang tunai RM800, satu mesin pencetak foto Canon Selphy Square QX bernilai RM600, set penjagaan muka Innesfree bernilai RM800, set penjagaan badan Summerie dan Good Virtues & Co bernilai RM200 serta bahan bacaan sumbangan Dewan Bahasa & Pustaka.
Dalam satu majlis penyampaian hadiah bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka sebentar tadi, Nur Isma yang bersekolah di SMK Cha’ah, Johor datang ditemani kedua ibu bapanya memaklumkan, dia menghantar penyertaan di saat di akhir.


Diaju bagaimana perasaan selepas terpilih, Nur Isma jelas mengakui berasa berdebar kerana jarang berdiri di khalayak ramai.
“Jujurnya bila melihat lima calon di peringkat akhir ini yang mana empat darinya datang dari sekolah berasrama penuh, saya sangkakan akan dapat tempat terakhir.
“Sekolah saya hanya di pekan kecil, sekolah harian saja tapi semua ini atas rezeki dari Allah taala,” katanya mengakui mula menulis pada jam 10 malam dan berakhir sejam kemudian.
Berkongsi lagi, Nur Isma yang sempat menduduki kertas ujian percubaan SPM kertas Matematik Tambahan sebelum bergegas ke KL sebelah petang berkata, selepas menghantar esei berkenaan pada malam itu, hatinya berasa sedikit was-was.
“Esok paginya, pagi-pagi saya tanya kepada rakan yang menulis bagi peringkat universiti. Saya tanya dirinya kalau hantar ada dapat apa-apa pemberitahuan tak? Dia maklumkan kepada saya, akan ada satu butang bertanda hijau. Terus teringat yang saya hantar tapi tak dapat butang tu, jadi saya baca semula esei itu dan tambah mana yang kurang. Alhamdulillah rezeki dapat pertama hari ini,” katanya yang menduduki aliran Sains di sekolahnya.


Bila sebut tentang kemerdekaan…
Menyentuh tentang sudut pandangnya mengenai peraduan menulis esei ini, Nur Isma menjelaskan, ia satu peraduan yang sangat baik untuk melihat rasa cinta remaja terhadap negara.
“Ditambah penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pertandingan ini serta bagaimana kita menerangkan rasa cinta terhadap negara dari sudut sebagai seorang remaja, saya melihat ia satu suara hati anak muda terhadap negara dicintainya. Dengan 1000 petah perkataan, apa yang saya kongsikan adalah rasa kecintaan pada negara. Bagi saya, rasa jati diri itu perlu ada dalam diri semua orang di mana kita perlu ada rasa sayang kepada negara,"jelasnya.

Sudah ada tiga novel di Wattpad
Ada sesuatu agak menarik mengenai remaja ini. Pada usianya, Isma sudah menulis tiga buah novel dan kesemuanya boleh dibaca secara percuma di Wattpad.
Menggunakan nama Airine_zahara, Nur Isma menghasilkan novel berjudul Puteri Gunung Ledang, Laila & Majnun serta sebuah novel cinta mengisahkan seorang pemuda cina jatuh cinta dengan gadis Melayu.
“Dalam simpanan saya ada sembilan lagi novel yang kesemuanya sudah ada rangka dan tunggu masa untuk ditulis sahaja,” katanya yang pernah memenangi tempat pertama di Anugerah Wattys tahun lalu bagi kategori sejarah.
“Peraduan ini terbuka ke peringkat dunia. Saya menulis bagi kategori sejarah dan menggunakan bahasa dahulu kala. Tak sangka menang tempat pertama,” katanya yang gemar menulis sebagai gambaran ilhamnya. Ditebak wang kemenangan miliknya, jelas Nur Isma dia mahu menggunakan duit kemenangannya itu untuk membayar sendiri yuran PIBGnya serta mahu menyimpan untuk kegunaan masa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

