Masih Tak Sedap Badan Walau 2 Kali Jalani Ujian Dan Disahkan Negetif, Kali Ke-3 Positif COVID-19

Share

Ramai peserta tabligh  sudah hadir menjalani saringan pemeriksaan kesihatan. Ada yang disahkan bebas dari virus ini namun ada juga yang disahkan positif. Tidak ketinggalan diuji dengan kesedihan apabila beberapa warga emas dari jemaah tabligh ini berakhir dengan kematian.

Di saat ramai yang sudah menjalani pemeriksaan, seorang anak saudara kepada jemaah tabligh berkongsi kisah bapa saudaranya yang kini disahkan positif COVID-19 sedangkan dua kali saringan sebelum itu bapa saudaranya disahkan bebas (ujian menunjukkan negetif).

Apa yang beliau ingin kongsikan walau sudah dua kali jalani saringan dan disahkan negetif tapi disebabkan masih tak sedap badan, bapa saudaranya jalani lagi ujian kali ketiga. Dan ketika itulah disahkan positif. Apa yang kita semua perlu faham, walau kali pertama diuji negetif tapi tidak bermakna kita bebas dari wabak ini.

Bacalah, better stay at home sebab risiko jangkitan ini sangat tinggi.

Dukacita dimaklumkan, pakcik saya telah disahkan positif Covid-19. Beliau merupakan salah seorang jemaah tabligh yang mengikuti kluster Tabligh Masjid sri petaling.

Peringkat awal, telah disaring dan negatif,

Peringkat kedua rasa tak sedap badan, saring sekali lagi, masih negatif.

Peringkat ketiga, datang ke hospital kerana berterusan rasa tak sihat dan kemudian disahkan positif covid 19 pada keesokan harinya.

Pihak ambulan datang jemput dirumah dalam keadaan tenang dan selamat.

Sememangnya tanda2 Covid 19 ni bukan mudah untuk disaring walaupun berkali kali ke hospital. Kali ke 3 baru disahkan positif.

Diharap, rakan fb diluar sana yang membaca posting ini memgambil serius pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan kerana kita tak pasti siapa yang benar2 membawa jangkitan covid disekeliling kita.

Semoga Allah memudahkan urusan dan memberi kesembuhan kepada pesakit dan seluruh ahli keluarga magsa Covid 19.

IKLAN