Masih Memanggil Isteri Sekadar ‘Hasmah’, Ucapan Dr M Kepada Birthday Girl Amat Sweet!

Share

 

Umum mengetahui bahawa sambutan hari kelahiran di antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hanyalah selang beberapa hari saja.

Setelah Tun M menyambut hari kelahiran ke-95 pada minggu lalu, tiba giliran beliau untuk mengucapkan Happy Birthday pula kepada isteri tercinta.

Instagram

Namun, siapa sangka bahawa Tun M boleh menjadi sangat sweet dengan memuat naik satu video berdurasi seminit di Twitter malam tadi.

Video tersebut mempunyai latar belakang muzik mainan biola Nak Dara Rindu hasil nukilan seniman Tan Sri P.Ramlee. Alunan biola itu dikatakan adalah alunan biola mainan Tun Dr Siti Hasmah sendiri yang pernah mempamerkan bakatnya itu di acara tertutup, tak lama dahulu.

Dengan status berbunyi, “Selamat Hari Jadi, Hasmah” iaitu gelaran yang telah digunakan beliau selama ini, tweet

daripada Tun M itu memaparkan detik-detik manis mereka berdua yang tidak kekok saling mengusik ketika menghadiri majlis awam.

Cer tengok video yang dimaksudkan itu.

Sweet kan? Tweet yang telah menerima 11.1 likes itu turut membuatkan ramai netizen terharu dan mendoakan agar Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati oleh Ilahi.

 

 

 

 

Sidang redaksi REMAJA turut mendokan agar Tun berdua akan terus diberkati, ceria selalu dan semoga dikasihi dengan doa daripada rakyat sekalian. Amin!

Bagi korang yang nak tau rahsia sebenar kesihatan mantap oleh Tun M, cuba klik artikel di bawah.

 

IKLAN