
Diraikan penuh meriah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi rasa bahagia apabila kini sah bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis istimewa yang berlangsung baru-baru ini.
Bella menyifatkan momen manis itu sebagai antara mimpi terindah dalam hidupnya.
“Masih tersekat pada acara semalam seperti berada dalam mimpi yang saya tidak mahu bangun,” katanya dalam Instagram.
Menerusi hantaran sama, Bella turut menitipkan ucapan penuh kasih buat ibu kepada tunangnya, Sharifah Mahani.
Dalam perkongsian tersebut, Bella juga memuat naik video momen menyentuh hati apabila dia bersalaman dengan bakal ibu mentuanya sejurus cincin disarungkan ke jari manisnya.
Untuk rekod, Bella selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung penuh adat. Kehadiran Syed Saddiq yang membawa jambangan bunga buat bakal isterinya turut mencuri perhatian ramai.
Lebih menarik, pasangan ini turut bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada pihak Bella dengan konsep
Gunung Kinabalu iaitu simbolik kepada lokasi istimewa tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.Terdahulu, pasangan yang mula rapat sejak awal 2024 itu diraikan dalam sebuah majlis yang dihadiri sekitar 150 tetamu termasuk rakan selebriti, dengan kebanyakan mereka tampil anggun dalam persalinan tradisional bertemakan warna kuning.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.