Baru-baru ini, kumpulan Kugiran Masdo tercalon sebagai wakil Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di anugerah berprestij MTV EMA 2024 yang bakal berlangsung di Manchester, England pada 11 November ini.
Menurut vokalis dan gitaris Masdo, Ali Sariah (32) berkata, pencalonan itu merupakan satu pencapaian sangat bermakna buat mereka, namun enggan meletakkan harapan besar kerana perlu bersaing dengan artis hebat lain dari seluruh Asia.
“Kami mendapat pengesahan mengenai pencalonan itu sekitar seminggu yang lalu. Seperti biasa, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Dapat tercalon pun sudah cukup berpuas hati”
“Sekiranya menang, memang satu bonus buat Masdo. Setakat ini, belum ada sebarang kepastian lagi jika kami akan menghadiri acara itu nanti,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, antara artis Asia lain yang tercalon dalam kategori yang sama adalah Mahalini (Indonesia), ILLIT (Korea Selatan), BINI (Filipina), dan Sakurazaka46 (Jepun).
Bagi penentuan pemenang pula akan dibuat menerusi undian yang sudah dibuka menerusi laman web rasmi anugerah itu.
Ads
Sekadar info, MTV EMA adalah acara anugerah yang meraikan industri muzik dan budaya pop seluruh dunia dan dihadiri oleh barisan artis hebat dan ternama dalam industri hiburan.
Pencalonan tahun ini menyaksikan dominasi artis wanita dan bintang pop sensasi, Taylor Swift mendapat pencalonan terbanyak iaitu tujuh kategori termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik, Pop Terbaik, dan lain-lain. Selain itu, turut tercalon adalah Billie Eilish, Arian Grande, Charlie XCX, Sabrina Carpenter, Ayra Starr, Beyonce, Kendrick Lamar, dan LISA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak terkenal, Lee Dong Wook yang juga terkenal sebagai salah seorang ‘Hot Ahjussi’ baru-baru ini tampil di rancangan Youtube pengacara Yoo Jae Suk, Pinggyego dan mendedahkan mengenai kehidupan kisah cintanya.
Difahamkan, Dong Wook telah menjadi bintang tamu bagi acara tersebut beberapa kali dan dalam episod terbaru yang dimuat naik pada 13 Ogos, pelakon berkenaan mengaku kepada para peminat bahawa dia mungkin tidak akan dapat bercinta lagi selepas ini.
“Saya rasa saya tidak dapat bercinta lagi sebab saya sangat malas.”
“Untuk bercinta, kita kena berkawan dan berkenalan dengan seseorang terlebih dahulu”
“Saya dah tak ingat macam mana nak buat semua itu,” jelasnya lagi.
Menurut pelakon Goblin berkenaan, dia sudah tidak tahu bagaimana untuk bercinta kerana dia sudah lama tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa.
Dalam pada itu, pengacara Jae Suk juga turut mengajukan soalan sama ada dia ingin bercinta semula atau tidak.
Walau bagaimanapun, Lee Dong Wook mengungkapkan bahawa dia semestinya mahu tetapi dalam masa yang sama dia sangat malas sementara menjelaskan beberapa halangan terbesar dalam kehidupan cintanya.
Sekadar info, Lee Dong Wook merupakan pelakon terkenal di Korea Selatan. Dia telah memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak 1999 dan mula dikenali selepas menjadi teraju utama melalui drama My Girl. Antara drama terbarunya yang mendapat perhatian kebelakangan ini adalah Bad and Crazy, Tale of the Nine Tailed, dan A Shop for Killers.
Adui, macam-macam ya Lee Dong Wook ni tapi faham saja fasa malas nak berkenalan dengan orang baru itu lagi kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia SWITH, STAYC kata next visit diorang teringin nak pergi Kota Kinabalu! ✨ Agak-agak apa yang diorang nak buat kat sana eh?ℹ️ STAYC merupakan girlgrup Korea Selatan yang terdiri daripada 6 ahli di bawah High Up Entertainment. Kumpulan ini terkenal dengan konsep segar dan bertenaga serta lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Perak pasti kenal benar dengan nama Sultan Idris Shah II yang memerintah negeri itu selama 21 tahun bermula dari tahun 1963 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1984. Sepanjang memerintah negeri Perak, almarhum terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dengan mereka yang berada di bawah naungannya.
Salah satu kegemaran baginda adalah seni muzik. Kecintaan baginda terhadap seni muzik dizahirkan menerusi penubuhan sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Orkes RIShah. Baginda bukan sahaja seorang yang gemarkan muzik bahkan berbakat dalam penciptaan lagu serta penulisan lirik.
Antara lagu popular yang ditulis baginda adalah lagu Kalau Rindu nyanyian penyanyi terkenal Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang yang menjadi antara lagu menguasai carta sekitar tahun 70an. Selain itu baginda juga menulis lagu-lagu lain seperti Semalam di Subang dan Pulau Pangkor yang dirakam ke dalam piring hitam dan dinyanyikan oleh Aminah Ahmad.
Kulit album piring hitam Aminah Ahmad bersama Orkes RIShah.
Lagu Kalau Rindu nyanyian Rafeah Buang menjadi halwa telinga masyarakat sehingga kini dan masih lagi dimainkan di corong radio. Hasil kreativiti dan juga puitisnya lirik yang dihasilkan membuat lagu ini terus malar segar merentas zaman.
Bagi anak muda yang kurang kenal dengan almarhum Sultan Idris Shah II. Sedikit trivia untuk anda, Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah merupakan salah seorang puteri baginda dan ini menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai cucunda baginda. Selain itu, seorang lagi anakanda baginda, Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zukarnain merupakan Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan kini.
Baru-baru ini, bersempena dengan sambutan hari kelahiran pempengaruh sensasi, Ameera Khan yang ke-22, dia telah kembali aktif semula di platform media sosial selepas hampir enam bulan ‘menghilang’.
Terbaharu, Ameera atau nama komersialnya, Little Miss Khan dilihat melakukan sesi siaran langsung di akaun Instagram miliknya bagi ‘menyantuni’ para pengikut yang sudah tentunya merindui kemunculan wanita tersebut.
Menerusi sesi berkenaan, ada seorang pengikutnya meminta Ameera untuk menjadi seperti kakaknya yang juga usahawan dan hos terkenal, Neelofa, selain mencontohi semangatnya yang sentiasa teguh dan bangkit berdiri biarpun sentiasa dikecam dari awal permulaan kariernya sehingga kini.
Sehubungan itu, gadis berwajah jelita itu tampil menjawab respon berkenaan. Katanya, dia mengakui amat menghormati dan kagum dengan ketabahan kakakn tercintanya yang sangat kuat menepis tohmahan serta kata-kata negatif yang dilemparkan warganet.
Selain itu, Ameera turut menambah tiada kata-kata yang mampu dilungkap untuk menggambarkan kecekalan seorang wanita bergelar ‘Neelofa’.
“Saya hormat kakak sangat-sangat. Dia sangat kuat, saya tiada kata untuk menggambarkan betapa kuatnya dia. Saya rasa dalam negara ini, dia adalah manusia paling kuat yang saya kenal. Dia digemari dan disayangi orang ramai.
“Tapi pada masa sama, ramai juga melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan kepada dia namun kakak sentiasa kuat dan tabah. Saya berharap saya sekuat Neelofa,” ujarnya.
Luahan Ameera disokong oleh pengikutnya yang lain menerusi ruangan komen sesi siaran langsung tersebut.
Terdahulu, selepas hampir enam bulan menghilangkan diri daripada media sosial, Ameera kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya pada Sabtu. Kemunculan semulanya itu nyata menzahirkan rasa gembira di hati para peminat dan rakan selebriti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.