Masalah Kewangan Akibat COVID-19, Juventus Pertimbang Mahu Jual Cristiano Ronaldo

Share

Selepas menjaringkan 71 golas dalam 94 perlawanan bersama kelab Itali, Juventus, Cristiano Ronaldo khabarnya akan dijual bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain bola sepak terkenal dunia itu tamat pada 2022.

Kelab bola sepak tersebut sedang membuat pertimbangan untuk menjual pemain tersebut dengan lasan mempunyai masalah kewangan berikutan dengan wabak pandemik COVID-19.
Ronaldo menandatangani kontrak bersama Juventus dengan tujuan untuk membantu kelab tersebut mendomninasi Liga Juara-Juara Eropah, namun pihak pengurusan Juventus kecewa selepas kelab itu tewas pada peringkat suku akhir baru-baru ini.

Foto: cnn.com

Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan tidak selamanya muda dan kelab gergasi serie A itu juga berharap agar dapat memperoleh kembali wang sebanyak 99 juta pound (RM 536 juta) yang mereka belanjakan untuk menandatangani kapten Portugal itu dari Real Madrid pada 2018.

Ronaldo dilaporkan menerima gaji kira-kira £540,000 (RM2.9 juta) seminggu. Jumlah tersebut adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi yang dibayar kelab, Matthijs de Ligt.

Foto: The Sun

Walau bagaimanapun, kontrak pemain itu akan berakhir lagi 2 tahun dan pasukan itu nampaknya berisiko untuk melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma.

Hm, nampaknya COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang bekerja mahu pun berniaga, malah ia juga turut membabitkan kelab gergasi bola sepak.

Sama-samalah kita doakan agar wabak pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat supaya ekonomi dunia kembali pulih.

Sumber: The Sun

IKLAN