Marvel Run Bakal Diadakan Di Putrajaya! Kami Ada Details..

Share

 

Filem Avengers: Endgame belum lagi menjengah ke pawagam namun sudah ada sesuatu yang istimewa akan menemui peminat siri Avengers pada tahun ini.

 

Satu larian berbentuk Fun Run akan dianjurkan di Putrajaya pada bulan September tahun ini dan ia berkonsepkan Marvel!

Dipanggil ‘Marvel Run’, fun run ini sebenarnya pernah dianjurkan di beberapa negara ASEAN seperti Filipina pada bulan Julai tahun lalu dan ia dianjurkan oleh ColorManila.

Black widoe antara yang menyertai Marvel Run di Filipina pada tahun lalu.
Mirip color run yang lain, peserta juga disembur dengan cecair berwarna.

Tahun ini, tiba giliran Malaysia pula untuk menganjurkannya pada 7 September kelak. Jadi sempatlah korang membeli baju T atau kostum Marvel sebelum larian ini.

Pilih saja di antara Captain America, Black Panther, Captain Marvel, Thor atau yang lain-lain.

Kostum Ant Man di Marvel Run Filipina.

Buat masa ini, belum ada info lanjut mengenainya. Malah, laman web bagi pendaftaran pun masih belum dibuka. Tetapi penulis pasti yang ia akan ready

dalam masa terdekat ini. Yang penting kenalah berlatih untuk fun run bermula sekarang. Hehe..

So, onz ke tak onz?

 

IKLAN