Seperti yang korang tahu, memang banyak jenama hijab di luar sana yang mengeluarkan rekaan hijab baru, satu-persatu sepanjang tahun.
Namun dalam banyak-banyak tu, ada sesuatu yang berbeza pada jenama Hijab by Hanami pada pandangan REMAJA.
Sebagai jenama yang menyediakan hijab sedia pakai (instant), mereka tak sesekali menolak ke tepi kepentingan rekaan dan corak yang cantik.
Kiri : Premira Mist Lady RM69.
Terbaru, Hanami telah melancarkan koleksi Hanami Raya Haji 2020 dalam kuantiti terhad. Maka, hanya peminat Hanami yang sanggup merebut untuk menjadi di antara pembeli terawal saja yang dapat ‘merasa’ untuk memiliki koleksi ini.
Sejak semalam semasa ia dilancarkan secara online, ramai yang teruja apabila melihat 3 orang selebriti popular tempatan ini melakukan penampilan khas menyarungkan koleksi hijab Hanami ini. Mereka termasuklah juri Hero Remaja 2020 iaitu Scha Alyahya, pelakon Siti Saleha dan Farah Nabilah.
Ads
Apa yang membuatkan koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini berlainan daripada koleksi bercorak flora mereka yang lain adalah sentuhan moden yang terserlah semasa korang menyarungkannya. Itu semua terhasil setelah Hanami mengkaji permintaan dan minat korang sebagai pembeli.
Cer tengok beberapa rekaan pilihan REMAJA di bawah. Mana tahu korang pun berminat.
Ads
Kanan : Le Belle Pinkish Blush RM89Kiri : Loretta Denise Lilac RM89(Dari Kiri) : Premira Faren rm89 & Loretta Silverware RM89Kanan : Le Belle Golden Heart RM89
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini didatangkan dalam beberapa potongan hijab iaitu potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi potongan lain berdasarkan cita rasa korang. Kesemua itu boleh dimiliki dari harga RM69 hingga RM89 je setiap satu.
Berbaloi kan untuk koleksi limited edition seperti ini!
Ads
Jangan lupa untuk ke laman web Hanami ataupun ke stokis mereka yang berdaftar.
Disebabkan musim perayaan Hari Raya Haji pada tahun ini disambut dengan penuh sederhana apabila tiada jemaah dari Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, setidak-tidaknya korang boleh meriahkan lagi sambutannya dengan menyarungkan hijab baru ini.
Sebagai seorang pengikut tegar perjalanan Miss Malaysia Universe, kami faham perasaan wakil negara kita DAN pereka fesyennya semasa acara ‘unveiling’ dilakukan..
Mestilah nervous, uols! Bukan mudah untuk seorang pereka fesyen dan Miss Malaysia Universe memuaskan hati semua pihak.
Setiap tahun pada acara unveiling untuk gaun rasmi dan kostum nasional seperti yang berlangsung hari ini, pasti seluruh Malaysia akan menumpukan perhatian kepada rekaan pakaian yang akan mewakili negara kita di pentas Miss Universe, kelak.
Jika korang masih ingat pada tahun lalu, hebat juga kontroversi yang melanda wakil Malaysia iaitu Samantha Katie James.
Dia menyarungkan gaun dan kostum nasional hasil rekaan pereka fesyen muda, Brian Khoo. Pakaian yang popular dengan jolokan ‘baju Nasi Lemak’ dan ‘baju Bunga Raya’ itu agak teruk dikritik oleh netizen di media sosial.
Itulah adat setiap kali acara unveiling ini diadakan. Akan ada yang suka, akan ada yang tak.
***
Pada tahun ini, wakil Malaysia iaitu Jane Teoh telahpun mempertontonkan kedua-dua pakaian itu sebentar tadi.
Kostum Nasional Jane diinspirasikan daripada tradisi golongan nelayan yang gigih berlayar di Pantai Timur. Kostum ‘Bangau Perahu’ ini mempunyai ornamen ‘bangau’ yang selalu terdapat di bahagian ‘kepala’ perahu. Ia dipercayai mampu melindungi nelayan daripada ribut ketika berada di tengah-tengah lautan.
Ia direka oleh Salleh Hamid dengan motif Awan Larat popular dan bahagian skirt yang mengingatkan kami kepada pantulan matahari pada permukaan air laut.
“Saya takut juga jika ‘kontroversi’ tahun lalu akan melanda saya kali ini. Tapi itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh pereka kostum seperti saya,” kata graduan Universiti Teknologi MARA itu.
Jane juga memuji hasil kostum nasional tersebut namun mengakui agak sukar untuknya berjalan ketika menyarungnya. “Saya perlukan 20 minit dan 4 orang pembantu ketika memakainya sebentar tadi. Tapi saya sukakan cabaran tersebut!”
***
Kami juga dapat melihat rekaan gaun rasmi Jane yang dihasilkan oleh pereka yang kian popular iaitu Amar Madfie dan Zeed Jameel dari Amaze Atelier.
Mereka berdua mengambil ilham dari reka bentuk Jambatan Seri Wawasan di Putajaya dan ia menonjolkan lagi bahagian bahu Jane yang lebih lebar daripada gadis biasa.
Wow, jambatan – gaun rasmi..sama tak korang?
Apapun, kami ingin ucapkan all the best kepada Jane yang akan bertanding di Bangkok dalam masa kurang dari 2 minggu lagi.
Gincu bibir merupakan alat solekan yang paling penting bagi wanita. Walaupun tidak mengenakan secalit mekap,warna gincu bibir pilihan sudah cukup untuk menaikkan seri wajah.
Jika kita lihat di pasaran hari ini, terdapat banyak warna gincu yang berbeza-beza mengikut cita rasa wanita. Sebut sahaja korang suka warna apa? Semua ada.
Biasanya, warna gincu yang dipilih berdasarkan kepada personaliti si pemakai itu sendiri. Cara terbaik untuk korang kenal seseorang wanita adalah dengan melihat tata gaya dan pilihan warna yang dibuat.
Jadi, berikut merupakan beberapa warna gincu bibir pilihan berdasarkan personaliti diri.
1. Merah terang
Kalau korang memilih warna merah terang untuk pilihan gincu bibir, ini bermaksud korang seorang yang berkeyakinan tinggi dan gemarkan perhatian.
2. Wine
Warna berry gelap atau wine yang elegan ini maksudnya korang seorang yang menggoda. Tak hairan la kalau siapa yang pilih warna ni akan nampak seperti si penggoda!
3. Hot pink
Seperti warna-warna yang lain, korang dilihat sebagai seorang yang berani dan penuh semangat selain daripada suka kan cabaran dalam kehidupan.
4. Nude
Warna ni merupakan favourite buat rata-rata anak gadis yang suka dengan gaya minimalis. Nude adalah warna natural yang menonjolkan tahap kesabaran korang. Semuanya bergantung kepada bagaimana korang mengawal kehidupan seharian.
5. Merah cerah
Tidak mudah untuk mendekati personaliti si gincu merah cerah ni sebab korang seorang yang tidak suka kepada perhatian. Bagi yang mahu mendekati, mereka perlu lebih bekerja keras kerana sikap ketegasan yang ada dalam diri korang.
6. Baby pink
Warna ini sesuai buat wanita yang bersikap keanak-anakan. Korang seorang yang sering menceriakan suasana dengan personaliti manja dan baik hati.
So gaiss, korang yang mana satu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya sehari sebelum acara berlangsung, rata-rata para penghibur yang dijadualkan muncul untuk slot persembahan di konsert berkenaan telahpun tiba di Kuala Lumpur bagi sesi latihan dan acara sebenar.
Menerusi hantaran di Instagram Story, para penghibur dari Indonesia dan Malaysia meluahkan kekecewaan mereka terhadap pembatalan pada saat-saat akhir itu.
53 Universe
Kumpulan yang semakin meningkat naik, 53 Universe (bersama Zynakal) difahamkan telahpun melakukan sesi soundcheck Jumaat lepas di atas pentas.
“Semua persediaan, lelah dan masa yang terkorban. Ini adalah mengecewakan. Yang paling sedih adalah kepada peminat yang sudah membeli tiket, yang sudah menempah hotel, sudah sampai Kuala Lumpur dari jauh. Ini adalah ujian sebenar, saya kasihankan korang semua. Harap korang dapat bersabar, okay?” ujar mereka.
53 Universe.
Insomniacks
Band trio, Insomniacks yang sudah berpengalaman menyertai festival muzik sebegini juga kecewa apabila peminat terlepas peluang untuk menonton persembahan duet mereka bersama Nabila Taqiyyah.
“Kami amat teruja untuk melakukan persembahan untuk anda tetapi hanya boleh berharap agar anda semua selamat dan okay. Terima kasih atas sokongan anda terhadap kami dan artis-artis Malaysia serta Indonesia lain yang terlibat,” kata Insomniacks.
Insomniacks.
Feby Putri
Penyanyi solo Indonesia, Feby Putri berkongsi dirinya sudahpun berada di Kuala Lumpur bersama entourage beliau yang cukup ramai. Selepas dimaklumkan mengenai pembatalan konsert One Love Music Festival, Feby sempat memuat naik pasukannya ‘tersidai’ di dalam bilik hotel sambil memikirkan situasi berkenaan.
“Terima kasih kepada teman-teman Malaysia. Maaf belum bisa bertemu. Semoga kita bertemu lagi.
“Kami dan team sudah sampai di Malaysia namun ada satu hal yang tidak dipenuhi oleh penganjur kepada kami dan akhirnya, penganjur memberikan kenyataan terakhir yang sudah dipersetujui bahawa acaranya batal,” catatnya.
Terdahulu, Feby telah menjayakan konsert keduanya di Malaysia berjudul Feby Putri Vol 2 Detik Minit Jam, Julai lalu.
Feby Putri.
Nadin Amizah
Manakala, peminat penyanyi ‘galau’ Indonesia, Nadin Amizah yang sudah lama menantikan kehadirannya di Malaysia turut berduka cita dengan pembatalan ini.
Nadin, 24 bagaimanapun bersikap positif terhadap situasi berkenaan dan enggan menyalahkan mana-mana pihak sepenuhnya.
“Setiap kali ada pembatalan acara sebegini sebenarnya kasihan kepada semua pihak.
“Kasihan penganjur acara kerana pasti banyak hal besar yang tidak dijangka yang tidak mampu diselesaikan.
“Kasihan penghibur acara dan pasukan masing-masing kerana kami juga ada yang belum dibayar dan jadinya membazir masa dan tenaga. Tapi yang palih kasihan dan menjadi mangsa korban tentunya penonton yang telah membeli tiket, tempat penginapan dan pengangkutan untuk datang ke acara,” katanya.
Nadin Amizah.
Nadhif Basalamah
Berbeza dengan penghibur One Love Music Festival lain, artis Indonesia Nadhif Basalamah mengambil pendekatan untuk memuat naik kenyataan rasminya di bahagian feed Instagram.
Dengan nada sedikit kecewa, penyanyi berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa sehingga ke hari Jumaat lalu, pihaknya belum menerima info terbaru mengenai tempat tinggal ataupun tiket penerbangan yang terlebih dahulu sepatutnya disediakan oleh pihak penganjur.
“Kami telah banyak memberikan kerjasama dan terus berkomunikasi dengan pihak penganjur untuk membolehkan penampilan kami menjadi kenyataan. Namun hingga saat ini, tidak ada solusi yang memungkinkan hal tersebut terjadi,” jelasnya.
Nadhif Basalamah.
Menerusi hantaran makluman mengenai pembatalan konsert ini di TikTok REMAJA, rata-rata peminat mengharapkan agar proses pemulangan dana tiket konsert dilakukan segera oleh pihak penganjur, Tuff KL.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pembatalan acara konsert di Malaysia yang melibatkan artis antarabangsa terjadi. Julai lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pembatalan acara Good Vibes Festival yang sepatutnya berlangsung di Genting Highlands bagi mengormati pertabalan Yang di-Pertuan Agong.