Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ?

Bermula daripada episod cinta ‘lokasi’ dan berakhir dengan perkahwinan, pasangan pelakon Bollywood popular iaitu Kajol dan Ajay Devgan telahpun kekal sebagai suami isteri untuk 23 tahun.

Setelah disatukan pada tahun 1999, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang dinamakan Nysa Devgan, 18 tahun dan Yug Devgan, 11 tahun.

Dalam diam, nampaknya anak sulung mereka, Nysa telah meningkat remaja dan semakin matang. Ramai yang mulai menyamakan rupa parasnya dengan Kajol semasa baru menceburui bidang lakonan dahulu. Bentuk wajah Kajol yang sememangnya merupakan salah seorang pelakon Bollywood paling jelita daripada generasinya jelas dapat dilihat sedikit pada Nysa.

Sumber : The Indian Express
Nysa Devgan. Foto – @nysadevganx (IG)

Senyuman manis Nysa Devgan saling tak tumpah seperti Kajol. Walaupun di atas kertas, Nysa tidaklah sepopular anak gadis Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan, namun ramai yang terpesona akan kesederhanaan dan kecantikan asli Nysa. Pada usia 18 tahun sekarang, Nysa (dan Kajol) semakin selesa untuk memuat naik hantaran foto dan video mereka bersama di media sosial bagi berkongsi keakraban sebagai pasangan ibu anak.

Sama ada gaya fesyen atau melepak bersama, ada warganet yang turut menggambakan Nysa dan Kajol ibarat kakak dan adik!

Jom lihat beberapa gambar mereka berdua di bawah:

Foto – @nysadevganx (IG)

Sama kan senyuman manis ibu dan anak ini?

Foto – @nysadevganx (IG)
Foto – @nysadevganx (IG)
Foto – @nysadevganx (IG)
Foto – @nysadevganx (IG)
Foto – @nysadevganx (IG)

Sedikit info menarik untuk korang, semasa dalam kandungan; Ajay telah berhasrat untuk menamakan anak perempuannya Nysa yang bermaksud Dewi Kesucian. Memang terserlahla aura ‘innocent’ sebagai gadis sunti pada wajah serta personalitinya.

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai selebriti daripada Hollywood dan Bollywood bersama anak remaja masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN : Serius Seperti Adik-Beradik! Lihat 8 Pelakon Hollywood Ini & Anak Remaja Mereka – REMAJA

BACA LAGI : Anak Dara & Teruna Pelakon Bollywood, Cantik & Helok Betul! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN