Manis Keamanan Palestin Hanya Bertahan Beberapa Jam, Israel Laku Khianat

Share

 

Sorakan kegembiraan rakyat di seluruh kota Gaza, Palestin pada awal Jumaat hanya bertahan selama beberapa jam.

Ini setelah persetujuan genjatan senjata di antara pejuang Hamas dan zionis Israel dirobek oleh polis Israel yang bertindak khianat, sebentar tadi.

Kejadian berlaku di dataran Masjid Al-Aqsa apabila askar Zionis menyerbu dari atas bumbung. Mereka dilaporkan menembak peluru getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang berada di sekitar kawasan itu.

Terdapat juga laporan yang mendakwa bom asap (bom tangan ‘stun grenade’) dilepaskan oleh pihak Israel sambil sebahagian daripada mereka mengacukan senapang ke arah orang awam.

Sebagai respon balas, rakyat Palestin mempertahankan diri mereka dengan membaling batu dan berteriak kepada askar Israel.

Orang awam rata-rata bergegas pulang ke kediaman masing-masing di sekitar Gaza. Ini setelah 20 orang jemaah Palestin mengalami kecedaraan di atas kekerasan yang berlaku; manakala dua orang dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber Foto : Twitter Palestine PLO-NAD
Sumber Foto : Twitter Palestine PLO-NAD
Sumber Foto : Twitter Palestine PLO-NAD

Sehubungan itu, insiden ini membangkitkan kemarahan warganet setelah Israel gagal mematuhi gencatan senjata seperti yang mereka persetujui hari ini.

Terdahulu selepas jemaah Palestin selesai menunaikan solat Jumaat, mereka melaungkan takbir kepada Ilahi sebagai tanda meraikan persetujuan genjatan senjata demi menjaga kesejahteraan sejagat terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

Sama-samalah kita terus mendoakan kesejahteraan saudara kita di bumi Palestin.

Sumber : Al Jazeera

IKLAN