“Mama Kena Belajar…” Puteri Sarah Belajar Tentang Bola Sepak Demi Putera Sulungnya

Share

Setiap yang bergelar ibu pasti inginkan yang terbaik buat cahaya mata kesayangan mereka. Bukan itu sahaja, segala kehendak dan keinginan anak, pasti dilunaskan walau apa cara sekalipun.

Begitulah pelakon terkenal, Puteri Sarah yang dilihat berkongsi hobi baharu anakanda sulungnya, Syaikhul Islam.

BACA LAGI: “Moga Dapat Lihat Sarah & Anak-Anak Gembira” Tunai Umrah, Peminat Doa Puteri Sarah Temui Kegembiraan Selepas Ini

Menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya, Puteri Sarah dilihat membawa putera kesayangannya itu ke sebuah kedai barangan sukan untuk membeli satu set sukan bola sepak.

Meluahkan keterujaan, pelakon itu berkongsi anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.

“Dah pandai ini. Ronaldo lah, Messi lah. Mama kena belajar. Sabtu ini nak join football class. Nak cari jersey abang kata,” coretnya ringkas.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Suri Hati itu turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Puteri Sarah Liyana

IKLAN