Susulan pengumuman rasmi persaraan daripada arena badminton antarabangsa, Datuk Lee Chong Wei segera menguntumkan pesanan panjang lebar di akaun Facebook.
Kini setelah mendapat 91,000 like pada posting tersebut, ramai netizen yang mula menyedari maksud tersirat dalam pesanan itu.
Datuk Lee Chong Wei memulakannya dengan mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada keluarga, rakan dan peminat sukan badminton. “A real big sincere thank you.” Beliau dengan rendah diri mendahulukan mereka yang benar-benar bermakna kepada beliau, iaitu mereka yang tidak putus-putus berikan sokongan selama ini.
“Saya hanyalah seorang yang cintakan sukan badminton. Seorang yang cintakan negara saya. Saya takut untuk bersara tanpa sempat memberikan pingat emas Olimpik yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia. Jadi apabila saya disahkan bebas daripada kanser, saya sekali lagi mulakan latihan.”
Namun, anggapan awal Datuk Lee Chong Wei bahawa beliau sudah sihat sepenuhnya tersasar. Daripada skan yang dilakukan ketika di Hong Kong, doktor menasihati beliau untuk tidak terus berlatih kerana takutkan risiko kanser berulang kembali.
Ads
“Mew Choo (isteri) menangis kerana takut saya akan degil dan teruskan impian saya.
“Bagaimana saya boleh bersara selepas hampir 20 tahun bertanding. Di rumah, saya habiskan masa bersama anak-anak, Kingston dan Terrence. Saya dapat lihat mereka membesar di depan mata saya.
“Pada waktu itulah, saya sedar saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Selama ini saya bermain untuk diri sendiri, untuk negara. Kali ini, saya ingin memegang peranan sebagai seorang ayah dan suami.”
Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengundur diri walaupun beliau kesal tidak boleh berjuang di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan. Tetapi kekesalan itu tidak dapat menandingi rasa bangga beliau atas segala percubaan selama ini untuk melakukan yang terbaik.
“Saya berharap saya telah berikan inspirasi kepada kamu semua, sama seperti bagaimana sokongan kamu telah menjadi inspirasi saya.
“Kepada rakan badmintok saya seperti Lin Dan, Taufik, Peter Gade dan Hyun-ill, terima kasih untuk pengalaman bertarung dengan kalian. Saya rasakan era kita sudah sampai ke pengakhirannya. Saya berharap Momota, Victor, Yuqi dan Zi Jia akan terus menjadikan badminton sukan terbaik di dunia.” Hhm, terfikir pula apa pendapat Lin Dan terhadap pesanan itu.
Ads
“Kepada pemain badminton Malaysia, jangan putus asa. Selalu ingin terdapat ribuan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan kalian. Train harder everyday, pecahkan rekod latihan semalam. Akan ada kanak-kanak berusia 5 tahun yang menjadikan kamu idola mereka.
“Jangan kecewakan mereka. Bermainlah untuk Jalur Gemilang, bermainlah untuk mendengar Negaraku berkumandang.”
Aduh, sebak pula bila mendengar amanat ini.
Penulis akhiri dengan foto kenangan dua hero negara, Dato Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei semasa berganding impian untuk memberikan yang terbaik buat Malaysia.
#ThankYouLeeChongWei
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh 3 April di United Kingdom tahun ini pastinya akan jatuh sebagai tarikh hitam buat isu diskriminasi dan Islamofobia buat masyarakat Islam di sana dan di serata dunia.
Semalam, mesej berantai melalui WhatsApp di sekitar United Kingdom menunjukkan satu cubaan provokasi minoriti Anti-Islam di sana yang ingin mengadakan kempen tak masuk akal bernama ‘Punish A Muslim Day’.
Di dalam mesej tersebut, ia menyuruh agar golongan wanita dan kanak-kanak beragama Islam di sana untuk mengelak daripada keluar dari rumah seorang diri dan mengelak daripada menonjolkan hijab yang dipakai oleh mereka.
Golongan tersebut dinasihati untuk berada di dalam rumah kerana mereka mungkin akan berhadapan dengan cubaan gila minoriti Anti-Islam yang ingin mencederakan masyarakat Islam di sana dan memalukan mereka dengan cubaan mencabut hijab secara paksaan.
MasyaAllah.
Pada bulan lalu, pasukan polis United Kingdom mula menjalankan siasatan terhadap layangan surat misteri yang menyuruh orang ramai untuk bertindak ganas dan mencederakan masyarakat Islam pada 3 April 2018.
Surat itu bukan sekadar menyeru agar orang Islam ditumbuk dan ditendang, ia juga ‘menghalalkan’ tindakan menyimbah asid, mencemarkan kesucian kawasan masjid dan pelbagai lagi tindakan gila.
Lebih memalukan apabila pemangsa yang mencederakan masyarakat Muslim di sana akan diberikan ‘poin’ terhadap setiap tindakan mereka.
10 poin jika mereka membuli secara percakapan, 2500 poin jika menyerang kota suci Mekah, 50 poin jika membaling asid ke arah muka orang Islam dan 1000 poin jika membaling bom atau membakar kawasan masjid.
Sebagai langkah berhati-hati, golongan wanita dinasihatkan untuk memakai topi untuk menutup hijab mereka dan jangan sesekali berhenti jika ada seseorang ‘berpura-pura’ ingin bertanyakan soalan.
Berhati-Hati Tapi Tidak Gentar
Ya, kebanyakan daripada masyarakat Islam di sana marah dengan provokasi ‘Punish A Muslim Day’ ini. Menurut mereka di media sosial, sekiranya serangan dilakukan, mereka akan bersedia untuk melawan balik.
Ada juga pihak yang mewujudkan ‘Love A Muslim Day’ di mana masyarakat United Kingdom diseru untuk beramah mesra dengan orang islam di sana.
Malah, anggota polis di sana juga menyeru agar masyarakat meneruskan rutin harian mereka tanpa perlu merasa cemas dek kerana mesej berantai yang dihantar. Namun, semua orang masih dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dan anggota mereka di sana akan mengawasi kawasan awam yang ada.
Di sebalik idea ligat untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan melarikan diri dari Bangunan Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga menjadi bahan jenaka masyarakat, nampaknya hasrat untuk menghirup udara luar untuk satu tempoh lama tidak menjadi kenyataan.
Selepas lebih dua minggu menyembunyikan diri, ketua sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, Goh Leong Yeong yang menjadi buruan polis, akhirnya diberkas awal pagi tadi.
Goh, 32 tahun, atau lebih dikenali sebagai Alvin, ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi ini bersama seorang wanita, dipercayai warga China, di sebuah hotel di pusat peranginan di Pahang.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, suspek berjaya ditahan hasil risikan yang dijalankan pihaknya sejak 12 Oktober lalu.
"Setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
"Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Alvin sebelum ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang didakwa turut membabitkan selebriti dan pegawai kanan polis.
Suspek yang dipercayai koordinator kepada aktiviti Macau Scam di China, melarikan diri dengan cara memanjat pagar 11 Oktober lalu, di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Kejadian berlaku selepas suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, sebelum sempat ditangkap semula oleh polis kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Alvin sebelum ini dipercayai menukar lokasi persembunyian antara ibu negara dan utara tanah air, selepas melarikan diri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Foto via
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, TikTok mempunyai kira-kira 800 juta pengguna di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
TikTok kini mengambil alih tangga teratas dari Google dengan ingin diikuti pula oleh Facebook, Microsoft dan Apple. Dalam senarai 10 laman paling popular, ia didominasi oleh laman media sosial dan penstriman video. Selain laman paling popular dunia, Cloudflare turut menerbutkan laman media sosial paling popular lewat 2021 dan laman penstriman video paling popular lewat 2021.
Menurut laporan terkini oleh CloudFlare, , Google hanya perlu berpuas hati di tangga kedua sebagai laman yang banyak dilawati pada penghujung 2021.
10 Laman Media Sosial Paling Popular (Lewat) 2021
1 TikTok.com
2 Facebook.com
3 YouTube.com
4 Twitter.com
5 Instagram.com
6 Snapchat.com
7 Reddit.com
8 Pinterest.com
9 LinkedIn.com
10 Quora.com
10 Laman Penstriman Video Paling Popular (Lewat) 2021
1 Netflix.com
2 YouTube.com
3 Roku.com
4 HBOMax.com
5 Hulu.com
6 Peacocktv.com
7 Disneyplus.com
8 ParamountPlus.com
9 Sling.com
10 Iq.com
Caya lah Tiktok!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.