Kita sering terbaca atau terjumpa ayat yang bermula dengan “Hal ini demikian kerana” dalam karangan, rencana, buku dan sebagainya. Bukan itu sahaja, banyak guru juga mengajar murid-murid agar memasukkan penanda wacana “Hal ini demikian kerana…” sebagai pemula ayat huraian untuk menghuraikan ayat yang telah ditulis sebelum itu. Namun demikian, tahukah anda bahawa binaan ini sebenarnya tidak gramatis?
Dalam bahasa Melayu, ayat yang sempurna mestilah terdiri daripada subjek dan predikat. Hanya frasa nama atau frasa lain yang berfungsi sebagai frasa nama dapat berperanan sebagai subjek. Predikat pula hanya boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Sekiranya binaan sesuatu ayat itu tidak mempunyai subjek atau predikat yang terbentuk daripada frasa-frasa ini, maka ayat itu dikatakan sebagai ayat tergantung.
Cuba kita meneliti ayat-ayat yang berikut:
Bil.
Subjek
Predikat
Ayat 1
Hal ini
agenda utama kita.
Pola Ayat 1 FN+FN
Frasa nama
Frasa nama
Ayat 2
Hal ini
berkaitan dengan keluarga kita.
Pola Ayat 2 FN+FK
Frasa nama
Frasa Kerja (*berkaitan ialah kata kerja tak transitif berpelengkap)
Ayat 3
Hal ini
tentang Azhar.
Pola Ayat 3 FN+FS
Frasa nama
Frasa sendi nama
Ayat 4
Hal ini
sangat mustahak.
Pola Ayat 4 FN+FA
Frasa nama
Frasa adjektif
Semua ayat ini, iaitu Ayat 1 – Ayat 4 merupakan ayat yang gramatis, terdiri daripada subjek dan predikat dan memenuhi empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu.
Ads
Cuba kita meneliti ayat yang berikut pula:
Bil.
Subjek
Predikat
Ayat 5
Hal ini
demikian kerana murid-murid itu tidak hadir.
Pola Ayat 5
(Tidak dapat ditentukan polanya)
Frasa nama
Binaan di atas ini bukan frasa. Ayat yang terhasil tergantung sifatnya. Kata “demikian” dalam binaan ini ialah kata adverba yang tidak dapat berfungsi sebagai frasa. Kata hubung “kerana” juga tidak dapat berfungsi sebagai frasa sebaliknya berperanan sebagai kata hubung dalam klausa keterangan “kerana murid-murid itu tidak hadir”.
Contoh kesalahan lain yang sering kita temukan adalah seperti:
6. *Hal ini kerana segelintir individu bersikap mementingkan diri. 7. *Ini kerana mata saya sakit. 8. *Ini adalah kerana remaja sangat mudah terpengaruh oleh rakan sebaya.
Ads
Ayat 5, 6, 7, dan 8 semuanya tergantung kerana tidak ada frasa yang dapat membentuk predikat. Bukan itu sahaja, penggunaan kata ganti nama tunjuk “ini” sebagai pemula ayat sebenarnya kurang digalakkan kerana pembaca akan tertanya-tanya “ini” sebenarnya merujuk apa. Seterusnya, dalam ayat 8 juga, penggunaan kata pemeri adalah di hadapan kata hubung kerana juga menyalahi hukum tatabahasa. Oleh itu, untuk membetulkannya, kita boleh membuat pembetulan dengan menambah kata kerja atau kata adjektif untuk membentuk frasa dalam predikat seperti yang berikut:
Sumber gambar: pexels.com 5a. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid itu tidak hadir. (FN + FK) 6a. Hal ini semakin serius kerana segelintir individu bersikap mementingkan diri. (FN+FA) 7a. Hal ini terjadi kerana mata saya sakit. (FN + FK) 8a. Situasi ini berlaku kerana remaja sangat mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. (FN + FK)
Ads
Daripada penjelasan dalam artikel ini, diharapkan para pembaca dapat memantapkan penulisan dengan membina ayat yang gramatis. Ingatlah, jangan tulis “hal ini demikian kerana”, sebaliknya, gunakanlah binaan yang gramatis, iaitu “hal ini dikatakan demikian kerana”.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh ALEX LEONG JUN WEI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara Qariah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut telah pun dilantik sebagai ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022, sekali gus menjadi ikon paling muda.
Pelantikan ini dianggap sebagai tanggungjawab besar untuk berdakwah kepada golongan muda dan dia turut menjelaskan akan tetap meneruskan usaha berkongsi ilmu taranum dan bacaan Al-Quran di media sosial berikutan semakin ramai golongan muda yang meminatinya.
Farhatul turut berkongsi, dia akan berusaha menarik minat golongan muda mencintai Al-Quran melalui media sosial berikutan kebanyakan daripada mereka gemar dan aktif dalam media sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube.
Remaja ini juga merupakan pelajar Tahun Dua, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan membahagikan masa dengan jadual sistematik selepas dilantik sebagai Ikon Dakwah YADIM.
Sebagai seorang pelajar, dia juga perlu memberi tumpuan kepada pelajaran disamping tugas pengacara sambilan di sebuah stesen televisyen.
Jelasnya lagi, misi sebagai pendakwah muda bukan sesuatu yang mudah dan berikrar memberi sumbangan terbaik kepada golongan muda dan masyarakat luar.
Tahniah kami ucapkan kepada Farhatul atas pelantikan ini dan semoga anak muda ini dapat menggalas tanggung jawab dakwah dengan baik, terutamanya kepada golongan remaja.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai remaja yang berwawasan untuk menerajui tampuk kepimpinan pada masa depan, kuasailah tatabahasa dari peringkat asas untuk berbahasa dengan tepat dan santun.
Kata nama am ialah golongan kata yang paling asas untuk dikuasai. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, dan benda. Jelasnya, kata nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Di bawah disertakan contoh setiap jenis kata nama am:
Manusia: ustaz, guru, polis, askar, tukang kayu Binatang: tikus, kucing, lembu, kambing Benda: kapal terbang, pisau, buku, komputer, jam Konsep: kesejahteraan, keamanan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh ditulis bergandingan penjodoh bilangan. Kata nama am juga ditulis bermula dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
Berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya.
Pembaca mestilah menguasai konsep asas dalam tatabahasa terlebih dahulu supaya pembaca akan sentiasa beketerampilan dalam berbahasa.
Kesantunan menulis dengan betul akan menggalakkan orang lain menulis dengan cara yang betul. Keadaan ini akan membantu kita memartabatkan bahasa rasmi negara dan bahasa ibunda kita.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!