Siapa je yang taknak kan pinggang ramping dan kurus. Namun, viral baru-baru ini apabila seorang wanita Myanmar telah mengejutkan dunia dengan ukur lilit pinggangnya iaitu 13.7 inci.
Wow, macam kerengga!
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pinggang yang ramping ini ialah dengan memakai korset ketat dalam tempoh masa yang lama. Tapi berbeza dengan gadis ini, Su Naing, 23 tahun menyatakan dia memiliki pinggangnya dengan cara semulajadi. Seriuslah…
Merupakan seorang pelajar, Su Naing memberitahu dia mengamalkan cara hidup sihat secara semula jadi untuk mendapatkan bentuk pinggang seperti itu.
Ads
Rata-rata pengguna media sosial telah mendakwa bentuk badan hourglass itu terlalu ekstrem selain dituduh gambarnya itu disunting, melakukan pembuangan tulang rusuk untuk mendapatkan pinggang yang terkecil.
Menafikan dakwaan itu, Su Naing menyatakan bahawa semua ini berkaitan dengan tabiat makan dan genetik yang sihat.
A post shared by Su Moh Moh Naing (@sumohnaing) on Jul 10, 2020 at 9:10pm PDT
“Saya sering berada dalam keadaan sihat dan sentiasa menjaga diet. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Saya suka bergambar untuk menunjukkan penampilan saya. Ramai orang memberi pujian dan menyatakan pendapat tentang penampilan saya yang cantik”, ujar Su Naing.
Ads
.
Ads
Menurut pendapat NHS, jika seseorang ingin mempunyai pinggang yang sihat, ukur lilitnya mestilah 31.5 inci atau kurang. Bagi Ethel Granger dari United Kingdom iaitu pemegang Rekod Dunia Guiness dengan gelaran ‘Pinggang Terkecil Di Dunia’ berukuran 13 inci mendedahkan bahawa dia menjalani latihan pinggang seumur hidup iaitu dengan memakai korset pada setiap hari dalam usaha membentuk bahagian tengah badannya.
(Nota: NHS ialah Perkhidmatan Kesihatan Nasional di United Kingdom yang merujuk kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan dibiayai oleh kerajaan.)
So apa pendapat korang rasa aib ke cantik pinggang macam ni. Emm….
Pada tahun 2021, dunia Kpop dibanjiri muka baru dalam industri lakonan yang pasti akan memeriahkan dan menyeronokkan. Selain masih muda dan baru memasuki dunia lakonan dalam waktu yang tidak lama, artis baru ini khabarnya berjaya menjadi ‘kegilaan’ para peminat K-Drama dan terima banyak tawaran drama.
Ini Remaja senaraikan 8 pelakon yang manjadi bualan netizen.
Song Kang
Salah satu bintang yang semakin meningkat tahun ini ialah Song Kang. Song Kang berjaya menjadi perhatian dek rupa parasnya yang sangat tampan dan luar biasa. Bukan hanya rupa paras, Song Kang juga berjaya memukau orang dengan bakat dalam drama-drama yang dibawa pada tahun 2021.
Song Kang mula menjadi anak seni pada tahun 2017 dalam drama The Liar and His Lover. Karier Song Kang kemudian semakin melonjak semenjak ia membintangi drama Love Alarm dan Sweet Home. Kini, drama terbaru Song Kang yang berjudul Nevertheless bersama Han So Hee juga menjadi hits.
2. Lee Do Hyun
Selain Song Kang, pelakon drama Sweet Home iaitu Lee Do Hyun ini juga berjaya mencuri hati penonton dengan bakat lakonannya yang luar biasa dan wajah yang menawan.
Menjadi salah seorang pelakon muda dengan bakat lakonan yang hebat, Lee Do Hyun pertama kali berlakon dalam drama Prison Playbook sebagai watak pemuda Lee Joon Ho pada tahun 2017 . Lee Do Hyun kemudian menjadi semakin popular dengan membintangi K-drama yang hits iaitu Hotel de Luna dan 18 Again.
Lee Do Hyun juga memenangi Anugerah Seni Baeksang 2021 dalam kategori Pelakon Baru Terbaik. Kini, Lee Do Hyun dilaporkan mendapat tawaran untuk drama Netflix baru dengan Kwak Dong Yeon yang berjudul Hounds.
3. Hwang In Yeop
Pelakon yang meroket berkat True Beauty, Hwang In Yeob, juga berjaya menjadi pelakon dengan visual paling banyak yang mencuri perhatian pada tahun 2021. Walaupun berusia 30 tahun, Hwang In Yeob hanya memulakan debutnya di drama televisyen pada tahun 2019 sebagai Park Dan Ho dalam drama The Tale of Nokdu.
Hwang In Yeob kemudian bermain dalam drama 18 Again and True Beauty yang menjadikan kerjayanya melambung tinggi. Populariti yang Hwang In Yeob perolehi bukan gurauan. Ini ditandakan oleh pengikut Instagramnya yang mencapai 9.4 juta pengikut dan jumlah fanclub yang telah meningkat.
Selain itu, Hwang In Yeob juga dibanjiri dengan tawaran untuk iklan dan pemotretan. Kini, Hwang In Yeob sibuk dengan penggambaran dua drama terbarunya, iaitu The Sound of Magic dan Why Oh Soo Jae.
4. Cha Eun Woo
Eun-Woo yang dikenali sebagai ‘Face Genius’ iaitu lelaki yang sungguh tampan.Nama Cha Eunwoo menjadi perhatian ramai sejak dia membintangi drama True Beauty, antara drama fenomena Korea Selatan yang ditayangkan pada awal tahun ini.
Jejaka berusia 24 tahun itu bakal kembali ke layar perak dengan membintangi filem Decibel yang mana dia akan bergandingan dengan aktor Kim Rae Won dan Lee Jong Suk.
5. Ba In Hyuk
Bakat ‘second lead’ drama My Roommate Is a Gumiho ini kian menyerlah tahun 2021. Ba In Hyu memulakan karier lakonannya dalam sebuah filem pendek berjudul Love Buzz pada tahun 2019.
Melalui watak yang dipegang dalam The Spies Who Loved Me, Bae In Hyuk dicalonkan untuk kategori Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Drama MBC 2020. Walaupun dia kalah, dicalonkan di acara anugerah itu adalah salah satu rekod pencapaian terbaiknya.
Deebak…Ba In Hyuk!
6. Rowoon
Pelakon dengan ketinggian 190cm ini kian mendapat tempat dihati penonton drama Korea. Selepas mencipta nama dalam beberapa drama sebagai watak sampingan, Rowoon daripada kumpulan idola SF9 mula menyahut cabaran sebagai watak utama dalam drama “Extraordinary You” dan kini “She Would Never Know”.
Makin mencurah-curah ‘job’ lakonan buat Rowoon!
7. Kim Young Dae
Kim Young Dae adalah seorang pelakon dan model di bawah agensi Outer Korea. Lelaki yang dilahirkan pada 2 Mac 1996 ini membuat debut pada tahun 2018. Namanya telah melambung tinggi sejak membintangi drama Extraordanary (2019). Lakonan dalam drama itu memperoleh pencalonan untuk Pelakon Baru Terbaik di MBC Drama Awards.
8. Jo Byeong Gyu
Mula meraih populariti dalam drama adaptasi dari sebuah webtoon iaitu Uncanny Counter. Jo Byung-gyu katanya turut menurunkan berat badan sebanyak 10kg demi membawa watak So Moon dalam drama ini.
Namun, pelakon muda ini terpalit dengan khabar angin mengenai keganasan sekolah.
Daripada artis di atas, siapakah artis kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan tampil menegaskan buat para peserta yang bakal hadir ke uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 agar mempersiap diri terlebih dahulu agar lebih kelihatan menarik, sebelum datang untuk menonjolkan bakat yang ada.
“Untuk pencarian Hero Dewi Remaja tahun ini kita tak nak mereka ikut kriteria yang kita (pihak produksi) beri.
“Malah, kita nak mereka hadir dengan diri mereka. Tapi, mereka datang pula, lah…” katanya ketika ditemu bual.
Rozita berkata demikian ketika ditemui Remaja pada uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Tambah bintang itu lagi, dia menegaskan agar kesemua peserta yang bakal hadir ke uji bakat sudah pun mengetahui bakat yang ada untuk persembahkan kepada para juri.
“Jadi, datanglah dengan betul-betul dah tahu bakat apa yang ada dalam diri anda, asahkan lagi dan praktis ‘kaw-kaw’, jadi barulah anda datang,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, para peserta yang hadir ke uji bakat pada kali ini bebas mengenakan sebarang pakaian dan penampilan mengikut stail peribadi.
Uji bakat akan diteruskan lagi bagi mencari bakal Hero Dewi Remaja 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, dan Petaling Jaya Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan figura seni tanah air ini, seorang penyanyi bersuara emas, usahawan yang berjaya dan seorang ibu kepada dua cahaya mata yang sering menjadi perhatian warganet kerana gelagat dan kecomelan mereka.
Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-44 pada hari ini, penyanyi nombor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencoretkan dedikasi istimewa buat dirinya, suami tercinta serta kenalan terdekat.
Selain itu, pelantun lagu popular Wajah Kekasih itu turut menzahirkan kesyukuran atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
“Alhamdullillah… Terima Kasih Ya Allah, Segala yang dikau kurniakan padaku, hanya PadaMu segala puji bagi Allah sekelian Alam. Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak sebaiknya.
“Begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal dan anakanda @sabrina.jp yang sangat baik hati. Kakak Za yang sama bantu Makiti sepanjang percutian panjang ini.
“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua… Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti. Amin,” tulisnya panjang menerusi ruangan kapsyen pada sebuah hantaran terbaharu di Instagram.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak terlepas untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran selain mereka menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi lagu Nirmala itu.
Difahamkan, Siti bersama suami tercintanya, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan kedua-dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa kini di berada Turkiye.
Menjengah pada beberapa hantaran lain, Siti ada memuat naik beberapa foto yang memaparkan momen percutian keluarga kecilnya itu sepanjang berada di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.