Macam Kakak Dan Adik, Siapa Sangka Anak Lelaki Rossa Sudah Menginjak Remaja

Share

Penyanyi terkenal dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali Datuk Seri (DS) Rossa turut mempunyai seorang anak tunggal lelaki yang kian menginjak remaja.

Foto: Instagram @itsrossa910

Baru-baru ini DS Rossa memuat naik gambar diinstagramnya sempena ulangtahun kelahiran anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan. Dalam foto tersebut, Rossa dilihat bergambar kenangan bersama anaknya dan beberapa ahli keluarganya.

Rossa kelihatan cantik dengan gaun panjang berlengan pendek dengan motif bunga. Sementara anak terunanya itu kelihatan kemas dengan kemeja putih dan blazer hitam.

Walaupun mempunyai tubuh yang kecil, nyata penyanyi lagu Pudar ini telah berjaya mendidik anak lelakinya, yang lahir pada 3 Oktober 2006 dengan sempurna. Melihat foto perkongsian DS Rossa di laman media sosialnya jelas terpancar hubungan akrab dengan anaknya yang baru menyambut hari lahir yang ke 15 tahun.

Rossa membesarkan anak tunggal kesayangannya  selepas berpisah dengan suaminya, drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo pada tahun 2009.

Ni lagi gambar anak lelaki DS Rossa yang makin hari makin kacak.

Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910

Tidak seperti ibu bapanya yang merupakan pemuzik, Rizky lebih memilih untuk aktif dalam sukan memanah. Wah, besar dah anak DS Rossa ni. Apa-apapun, rasanya tak terlambat REMAJA ucapkan Happy belated birthday

buat Rizky Langit Ramadhan.

 

IKLAN