“Macam Fast Furious…”, Ebit Lew ‘Terbang’ Ke Brazil Demi Misi Salur Bantuan

Share

Jika sebelum ini, penceramah terkenal di tanah air iaitu Ustaz Ebit Lew dilihat agak senyap selepas tercalit beberapa kontroversi.

Terbaru melalui perkongsian dilaman Facebook, Ebit Lew dikhabarkan telah terbang ke Brazil demi menjalankan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sana pada awal Disember yang lalu.

Beliau telah disambut dengan terbuka oleh warga tempatan di sana. Rata-rata penduduk Brazil memuji kebaikan yang dilakukan oleh beliau sehingga berani menziarah satu kawasan yang agak ‘panas’ di Sao Paolo dan bertemu dengan ketua kawasan di sana.

Malah, Ebit Lew sempat menceritakan keadaan di kawasan tersebut seperti filem Fast Furious. Sangat bahaya kerana penduduk di kawsan tersebut sewenang-wenangnya boleh mengunakan senjata api.

“Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni. Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk. Memang bahaya.”

Sebelum ini, Ebit Lew juga telah berkongsikan beberapa gambar semasa beliau dan juga pasukannya memberi bantuan kepada anak-anak kecil yang berada di sekitar Pavela Rio dan bergambar dengan ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil..

Foto : Facebook Ebit Lew
Facebook : Ebit Lew

Katanya, nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia. Allah hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam bawa kebaikan kasih sayang. Doakan jadi asbab kebaikan. Malah, kelihatan begitu gembira dan seronok ketika menerima sumbangan dan hadiah dari pihak Ebit Lew dan asyik mengatakan Malaysian Good

.

Alhamdulillah…moga Ustaz Ebit Lew terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi kebajikan beliau.

 

IKLAN