Hah, memang betul boleh digelar biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada.
Nampaknya masalah bekalan air kembali menghantui rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila sekali lagi loji air tercemar.
Dalam satu kenyataan oleh Lembaga Urus Air Selangor dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sg. Selangor.
Bau telah dikesan sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Ads
Dengan masalah ini, henti tugas ke empat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup mulai jam 6 petang ini.
Denda tidak lebih RM1Juta bagi pencemar sungai diluluskan
Dalam pada itu, semalam Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di fbnya memaklumkan pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Negeri Selangor dan kini telah pun menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Ads
Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM 200 ribu dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM 1 juta beserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah (deterrent factor).
Ads
Dewan Negeri Selangor turut meluluskan bahawa semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membersihkan atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh LUAS akan ditanggung oleh pihak pesalah.
Sebagai satu langkah kawalan ke atas penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran penggunaan sumber air, Seksyen 44 LUAS turut dipinda bertujuan untuk menambah kuasa LUAS bagi mengenakan caj terhadap lebihan pengambilan air melebihi had yang dibenarkan. Pindaan ini merupakan manifestasi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat untuk melakukan sebarang pencemaran di Selangor.
Kerajaan Negeri yakin bahawa pindaan enakmen berkenaan beserta langkah-langkah tambahan yang sudah dijelaskan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang lepas akan dapat menangani masalah pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kes polio, kini masyarakat perlu berjaga-jaga dengan jangkitan Influenza A pula kerana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengesan dua kes jangkitan tersebut di Cyberjaya dan Klang tempoh hari.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah dibeberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor ekoran terdapat pelajar yang disahkan positif Influenza A.
Menurut Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Selangor berkata kes pertama positif Influeza A adalah di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk dan selesema.
Di Klang pula, hanya satu kes dikesan melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.
Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.
Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.
Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.
Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.
Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan U.S menerusi arahan eksekutif ketika rundingan masih lagi berlangsung dengan syarikat pemilik dua aplikasi tersebut, ByteDance yang berpangkalan di China, Amerika Syarikat akan mengharamkan muat turun dua aplikasi tersebut bermula Ahad ini memandangkan rundingan untuk menjadikan dua aplikasi tersebut.
Pengumuman itu dibuat menjelang pernyataan yang dijangkakan oleh Presiden Donald Trump pada hari Jumaat mengenai apakah kerajaannya akan menyetujui perjanjian untuk Oracle memiliki saham minoriti di TikTok dan menjadi “rakan teknologi yang dipercayai” untuk syarikat itu di Amerika Syarikat.
Antara nota menarik tentang pengharaman ini:-
Menurut Setiausaha Kewangan Wilbur Ross dalam kenyataan siaran akhbar menyatakan keputusan itu, “Parti Komunic Cina (CCP) telah menunjukkan bahawa ada sebab dan motif untuk mengunakan aplikasi tersebut dalam mengancam keselaman negara, polisi asing dan ekonomi di Amerika Syarikat.”
Pengguna telefon pintar tidak boleh memuat turun dua aplikasi tersebut bermula Ahad ini. Dan seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan akhbar, penguna WeChat tidak lagi boleh melakukan transaksi kewangan menerusi aplikasi tersebut.
Aplikasi Tik Tok masih lagi boleh digunakan pada telefon pintar namun penaiktarafan perisian aplikasi tersebut tidak lagi berfungsi.
***P/S – TikTok cutup popular di negara kita, namun gunakan aplikasi ini berpada-pada. Jangan semata-mata hendak meraih tanda suka dan populariti sampán sanggup memalukan diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!