LUSH Tutup 900 Stor Seluruh Dunia Sebagai Protes Selamatkan Iklim

Share

 

Jenama kosmetik dari United Kingdom itu menutup 900 buah stor yang dimiliki mereka di 49 buah negara dalam usaha menyokong kempen Climate Strike oleh remaja sedunia.

 

LUSH bukanlah nama kecil dalam industri kecantikan.

Lalu, apabila mereka memutuskan untuk membuat keputusan sedrastik menutup stor LUSH di 49 buah negara buat seketika, ramai yang akan tertanya-tanya mengapa?

Laman web LUSH

Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada tanda sokongan LUSH terhadap pergerakan Climate Strike yang meminta agar kerajaan sedunia mengambil tindakan pantas untuk menangani masalah iklim yang semakin membimbangkan.

Di LUSH Singapura, stor mereka ditutup pada pagi Jumaat dan dibuka semula pada 2 petang. Kedai dan pejabat LUSH ditutup, kesemua lampu dipadamkan dan laman web mereka juga dalam low energy mode.

Kilang mereka juga menghentikan operasi buat seketika.
Instagram

 

Instagram

Wakil mereka berkata, “Tiada permintaan yang lebih hebat melainkan permintaan remaja yang inginkan pemimpin sekarang mengambil tindakan yang betul.”

Wow!

REMAJA tidak pasti sekiranya LUSH Malaysia juga terlibat dalam pergerakan ini memandangkan tiada pengumuman telah dilakukan mereka di media sosial.

Untuk pengetahuan, Climate Strike dijangka menjadi perhimpunan berskala besar di mana para pelajar seluruh dunia dijangka akan ponteng sekolah dan melakukan perhimpunan protes di jalan raya.

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK

 

IKLAN