LUSH Kini Di Sunway Pyramid! Lihat 5 Produk Pilihan REMAJA

Share

 

Peminat jenama kecantikan dan penjagaan diri, Lush kini tak lagi perlu ‘berkerumun’ di stor tunggal di Pavilion Kuala Lumpur setelah jenama itu membuka stor keduanya, akhir tahun lalu.

 

Bertempat di Ground Floor Sunway Pyramid, Petaling Jaya, stor kedua Lush ini masih mengekalkan rangkaian produk yang pelbagai untuk keperluan korang.

Menariknya mengenai stor baru ini, mereka mempertingkatkan lagi konsep mesra alam sebaik mungkin dalam rekaannya. Lampu LED dipasang bagi mengelak pembaziran elektrik.

Bahan yang digunakan juga tidak mengakibatkan bahan buangan yang banyak.

Tapi yang paling menarik adalah senarai produk Lush yang diperbuat secara mesra alam. Mereka turut ‘mengajar’ pembeli akan kepentingan alam semulajadi.

Jom lihat 6 kategori kaunter pilihan REMAJA di stor Lush baharu ini

 

01

FRAGRANCE

Memilih wangian adalah seperti memilih pasangan (eh!). Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

Bagi REMAJA yang sukakan bauan segar dan tidak terlalu kuat, kami menggemari wangian SUN yang diperbuat daripada orange oil, sandalwood dan mimosa absolute.

 

02

FACE MASK

Di Lush, ada pelbagai jenis mask seperti fresh mask, jelly mask dan body mask. Again, ia bergantung kepada keperluan maisng-masing.

Jika korang tak tahu untuk memilih di antara jelly mask dan fresh mask, apa kata korang cuba kedua-duanya.

Bagi jelly mask, REMAJA menyukai FOMO Jelly Face Mask yang menyegarkan kulit. Untuk fresh mask pula, cubalah Rosy Cheeks Fresh Face Mask yang mengurangkan masalah kemerahan pada kulit. Love!

 

03

BODY SPRAY

Bila Lush menjadikan wangian kegemaran korang kepada vegan body spray, OMG kami amat berterima kasih. Ia sesuai untuk disemburkan pada badang, tilam, baju, bantal dan… you get it.

REMAJA gemarkan bauan Honey I Washed The Kids dan BIG.

 

04

SHAMPOO BAR

Bandingkan Shampoo Bar dan syampu yang biada korang gunakan, kandungannya lebih sihat untuk mendapatkan kilauan semulajadi dan volume.

Shampoo Bar pilihan REMAJA ialah Honey I Washed My Hair yang berkesan untuk apa-apa jenis rambut!

 

05

BODY CLEANSER

Akhir sekali, kami menggemari bahawa produk cleanser daripada Lush boleh digunakan untuk badan dan wajah. 2 – dalam – 1, what is not to love

!

Walaupun Cup O Coffee menjadi kegemaran ramai kerana ia mampu menyegarkan seseorang pada waktu pagi, REMAJA sukakan Herbalism kerana ia baik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan bermasalah.

*

Bagi first timer yang tidak pernah ke LUSH, korang juga boleh melihat 10 lagi pilihan produk oleh REMAJA ini.

 

 

IKLAN