Luqman Hakim Jaringkan Gol Pertama Dalam Skuad Utama, Rakyat Malaysia Beri Semangat

Share

Bintang muda bola sepak yang menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas menjadi watak penting kemenangan buat skuad Bawah 18 tahun negara ketika menentang Australia pada Kejohanan Perseketuan Bola Speak ASEAN B-18 2019 sekali lagi mencipta rekod peribadi terbaik apabila berjaya meledak gol pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK).

Biarpun hanya untuk aksi persahabatan, anak muda ini berjaya membuka mata dan menambah kepercayaan pasukan untuk terus menyenaraikannya dalam skuad utama Kortrijk.

Penyerang berusia 18 tahun itu menjaringkan satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1, malah ia merupakan jaringan keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu, ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK yang menyaksikan pasukannya tewas 4-1.

Menerusi video yang dikongsi oleh kelab KVK di laman Facebook mereka, Luqman mengakui bahwa perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk dirinya belajar (gaya) permainan di Eropah. Dia juga sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama untuk skuad utama.

Rakyat Malaysia juga turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan memberikan semangat agar Luqman Hakim terus melakar kejayaan di peringkat dunia.

Tahniah Remaja ucapkan kepada Luqman Hakim dan semoga jaringan gol ini menjadi semangat untuk dirinya lebih berusaha serta mencatatkan lebih banyak kejayaan dan secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Sumber: Harian Metro

IKLAN