Lupakan Satu Lagi Tradisi, Kita Perlu Akur Larangan Ziarah Kubur Semasa Hari Raya

Share

Aidilfitri pada tahun ini nyata akan bertambah berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.

Terbaru, umat Islam di Pulau Pinang terpaksa akur dengan larangan melakukan sebarang aktiviti menziarahi tanah perkuburan semasa cuti Aidifitri kelak. Jelas, ini merupakan satu lagi usaha pihak berkuasa untuk mengelak penularan wabak Covid-19.

Tidak mustahil, larangan yang seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini turut akan dikenakan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat ini sebelum Aidilfitri menjelang.

Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengenai larangan oleh kerajaan negeri itu, beliau meminta umat Islam di sama bersabar dan berharap semua orang memahami hukum sunat yang dikenakan ke atas amalan menziarahi kubur.

“Saya nasihatkan semua orang patuh pada larangan demi mengelak diri daripada ditimpa musibah. Hukumnya pun bukan wajib, ia hanya tradisi yang diamalkan di Malaysia. Jadi umat Islam disarankan untuk menunda tradisi menziarahi tanah perkuburan buat sementara waktu.”

Ini merupakan larangan terbaru ke atas tradisi Ramadan dan Syawal di Malaysia.

Ia setelah umat Islam di seluruh negara dilarang untuk menunaikan solat Jumaat melebihi kuota yang dipersetujui. Solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau juga dilarang.

Apa pendapat korang? Pelik tak apabila pagi Hari Raya tidak melibatkan kunjungan ke tanah perkuburan?

IKLAN