Little Miss Khan Terima Hadiah Kereta Mewah Daripada Ibu & Bapa Tercinta

Share

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mendapat hadiah sebuah kereta mewah jenis BMW i7 dari ibu bapa tercintanya.

Video kenyataan tersebut telah dikongsikan satu akaun TikTok peminat keluarga mereka dikenali sebagai Neelofa Store apabila Ameera yang lebih disapa Little Miss Khan menyatakan yang kereta berkenaan hadiah daripada ibu dan bapanya, Dato’ Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini.

Pengakuan berkenaan dibuat oleh Ameera selepas ada warganet yang bertanyakan perihal kereta yang baru dibeli olehnya.

“Tidak. Mama dan daddy yang belikan untuk saya,” ujarnya ringkas

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen telah mendedahkan harga kereta mewah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan Akhirnya Muncul Semula, Sambut Hari Lahir Ke-22 Di Tanah Suci & Dubai

Katanya, kereta tersebut berharga lebih kurang RM700,000 dan pastinya membuatkan ramai terkejut.

Bagaimanapun, mereka tidak begitu hairan kerana keluarga Ameera Khan memang terkenal sebagai orang berada dan kereta dengan harga sebegitu bukan masalah buat mereka.

SUMBER: TikTok Neelofa Store.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN