Lisa Blackpink Positif COVID-19, Ahli Yang Lain Masih Menunggu Keputusan Swab

Share

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban disahkan positif COVID-19 dan kenyataan ini telah dikeluarkan oleh agensinya sendiri, YG Entertainment.

Foto: Forbes

Lisa BLACKPINK telah disahkan menghidap COVID-19 tengah hari tadi (24 November).

Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kenalan rapat, tetapi mereka segera melakukan ujian PCR selepas mendengar keputusan positif COVID-19 Lisa, dan mereka sedang menunggu keputusan mereka.

Kami sudah pun berkongsi maklumat ini dengan wakil dan kakitangan, dan pihak kami juga mengambil langkah pencegahan yang kukuh walaupun di luar garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

Kami tidak akan berputus asa untuk memberikan sokongan terhadap tahap kesihatan artis dan kakitangan yang berkaitan dan mereka tetap akan menjadi keutamaan pihak agensi. Kami akan sentiasa memaklumkan laporan terkini dan akan memberitahu orang ramai dengan segera.

Foto: Variety

Get well soon Lisa dan semoga ahli kumpulan Blackpink yang lain dihindari dari wabak pandemik ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN