Lionel Messi Punyai Hak Untuk Marah, Susulan Kekalahan 0-3 Argentina

Share

 

Bagi yang sanggup bercengang mata pagi tadi, pasti korang terus rasa fresh selepas menonton kekalahan 0-3 Argentina kepada Croatia.

 

Ada yang terkejut, ada yang sudah dapat meramalkan kekalahan itu walaupun tidak menyangka ia akan berakhir seteruk skor 0-3.

Keseluruhan team Argentina dan penjaga golnya Willy Caballero tumpas kepada serangan Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic, kesemuanya pada babak kedua. Namun, tumpuan tentunya terarah kepada frontman negara tersebut iaitu Lionel Messi.

Ramai yang melihatnya tidak berada dalam keadaan menyakinkan sebelum sepak mula lagi. Messi kelihatan stres sebaik saja keluar ke atas padang dan menyanyikan lagu rasmi Argentina.

Lionel Messi ketika nyanyian lagu rasmi Argentina.

 

Sepanjang perlawanan pula, Messi dilihat gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan. Kami (dan ramai lagi peminat setia Argentina) tidak merasakan beban harus diletakkan pada bahunya seorang sahaja. Kekalahan tersebut harus ditanggung oleh mereka sepasukan.

Lagenda Argentina, Diego Maradona berkongsi sentimen itu dan merasakan ia adalah kekalahan sepasukan. Kata beliau, “Saya dapat rasakan ada rasa marah di dalam pasukan ini. It is a disgrace, tetapi saya tidak akan menyalahkan pemain. Saya mungkin boleh menyalahkan kurangnya kerjasama di kalangan mereka, tetapi bukan pemain.”

 

 

Ramai beranggapan Maradona sering memberikan tekanan kepada Messi namun Maradona sendiri pernah berada dalam posisi tersebut. Posisi di mana seluruh dunia mengharapkan keajaiban setiap kali beliau turun padang untuk bermain. Mana mungkin beliau tidak memahami situasi Messi.

 

 

Kesebelasan Argentina bermain semalam seolah-olah mereka berada dalam keadaan marah terhadap seseorang – mungkin sekali terhadap rakan pasukan sendiri.

Messi pula dilihat sudah tidak mampu untuk mengekang rasa kecewa di saat akhir perlawanan apabila dia bertemu dengan penyerang Croatia, Ivan Strinic.

Walaupun berbadan kecil, Messi yang selalunya tenang di atas padang awkwardly hilang sabar dan menolak kaki Ivan selepas bangun pantas. Ivan sendiri kelihatan terkejut dengan reaksi Messi tersebut. Bagaimanapun dia tidak dikenakan kad kuning atau amaran terhadap perbuatan tersebut.

 

 

Sebaik saja tamat, dia dan beberapa lagi ahli pasukan terus beredar keluar padang, yang juga bukanlah sifat Messi yang sebenar.

Ya, Lionel Messi mempunyai hak untuk marah.

Mungkin marah terhadap diri sendiri, terhadap tekanan yang diberikan kepadanya dan juga mungkin marah kepada ahli pasukannya yang tidak seakan tidak memberi kerjasama terbaik untuk bermain sebagai satu pasukan. After all, it is a team event. Mana mungkin hanya disebabkan satu pemain saja mereka boleh menang?

 

 

Kini, Argentina wajib menewaskan Nigeria dan mengharapkan ‘pertolongan’ dari Iceland.

Namun sebelum itu, PLEASE selesaikan masalah di antara ahli pasukan terlebih dahulu.

IKLAN