Biasanya bakal graduan sanggup berbelanja untuk foto pre-convo sebagai kenangan terakhir sebelum masing-masing membawa haluan.

Tapi kali ini, sekumpulan graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan idea luar biasa! ereka memilih Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia sebagai lokasi penggambaran.

Level Lain Macam! Graduan USIM Buat Pre-Convo Di Bromo, Indonesia, Hasil Gambar Raih 2 Juta Tontonan!

Idea unik itu dikongsikan sendiri oleh seorang jurugambar Indonesia (@Dikaa.Lens) yang menerima permintaan tersebut, dan kini videonya berjaya meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.

Ads

Menerusi video dan foto yang dimuat naik, kesemua graduan itu kelihatan merakam momen indah berlatarkan keajaiban alam semula jadi Gunung Bromo.

Level Lain Macam! Graduan USIM Buat Pre-Convo Di Bromo, Indonesia, Hasil Gambar Raih 2 Juta Tontonan!

Jurugambar berkenaan juga berjaya menampilkan graduan sebagai subjek utama sambil memanfaatkan kecantikan panorama sekeliling.

Setiap daripada mereka turut menampilkan ‘posing’ yang menarik, menjadikan hasilnya lebih dramatik, unik dan penuh vibes candid yang memukau.

Level Lain Macam! Graduan USIM Buat Pre-Convo Di Bromo, Indonesia, Hasil Gambar Raih 2 Juta Tontonan!

Ads

Menjengah ke ruangan komen, netizen dari Malaysia dan Indonesia sama-sama teruja melihat hasil akhir sesi pre-convo berkenaan.

Netizen Malaysia juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada graduan tersebut kerana berjaya menamatkan pengajian, selain bangga melihat nama USIM “sampai ke puncak Bromo” menerusi idea kreatif mereka.

Ads

Level Lain Macam! Graduan USIM Buat Pre-Convo Di Bromo, Indonesia, Hasil Gambar Raih 2 Juta Tontonan!

Sumber: TikTok Dikaa.Lens

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads