“Letaklah Harimau Kentut Ke”, Mak Neelofa Patenkan Jenama ‘Harimau Menangis’. Netizen Pula Naik Marah!

Share

Sejak kebelakangan ini ramai juga yang kami lihat memuat naik makanan daging ‘harimau menangis’ di media sosial dan kecur juga air liur melihatnya. Hiks!

Namun, baru-baru ini ibu kepada bekas Dewi Remaja 2009/2010 dan juga usahawan berjaya Neelofa iaitu Puan Noor Kartini menjadi viral di laman sosial.

Hal ini terjadi selepas penularan satu video yang di ambil dari IG Story Kartini dimana beliau dalam video tersebut menjelaskan pihaknya sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis dipercayai untuk jenama Aunty Tiny Kitchen.

 

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” katanya sambil memasak.

Bagaimanapun, hal ini menimbulkan rasa kurang senang dan reaksi negatif dikalangan warganet. Mereka  menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia.

Malah ada segelintir warganet merasakan percakapan ibu Neelofa berbaur perasaan bongkak.

 

Buat anda yang tidak tahu, isu ini menarik perhatian ramai terutamanya golongan peniaga kerana menurut mereka, sekiranya ibu Neelofa berjaya mempatenkan nama tersebut, para peniaga lainnya tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama berkenaan sebagai cap dagangan sama seperti yang dimaklumkan Kartini di dalam video tersebut.

Daging bakar harimau menangis ini sebenarnya merupakan makanan dari negara jiran Thailand sua rong hai namun sudah menjadi kegemaran ramai orang di utara dan pantai timur sebelum ia viral lagi .

Hmm…tak apa la jangan la kita menghukum tanpa kaji selidik sebab kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa-apa pun sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari puan Kartini atau wakilnya nanti berhubung isu ini nanti.

Nah REMAJA share resepi daripada Syaa Fikaa ini menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni? (MAHN).

Perap daging:

– Daging lembu
– Sos tiram
– Gula kabung
– Lada hitam
– Bawang putih
– Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali minyak masak (dalam 30 minit)
2. Kemudian, baru letakkan sedikit minyak masak dan gaul sebati serta perap selama 2 jam
3. Sedia untuk dibakar

Kredit foto: Syaa Fikaa
Kredit foto: Syaa Fikaa

Sos pencicah

– Bawang putih
– Bawang merah
– Gula kabung
– Cili hijau & merah
– Sos tiram
– Nampla
– Perahan limau nipis
– Daun ketumbar

Masukkan rencah
Perah limau nipis
Siap!

Hm, tengok gambar pun dah sedap kan. Jom kita try!

Selamat mencuba..

Sumber:Twitter , Syaa Fikaa

IKLAN