Lesen Memandu Tamat Tempoh Tidak Perlu Diperbaharui Dari 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Share

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan pada awal tahun ini memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.

Menurut laporan daripada Bernama, pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu hingga 30 April 2021.

Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Nah, bagi lesen korang yang telah mati dalam tempoh tersebut, jangan risau kerana ia boleh diperbaharui selepas 31 Mac hingga 30 April nanti.

Sumber: BERNAMA

IKLAN