
w
Selepas apple akhirnya melancarkan model iPhone 11 lewat malam tadi, media sosial tidak perlu menunggu lama sebelum pelbagai jenis meme kelakar muncul di timeline.
Seriously, mengapa 3 lensa berkembar pada bahagian belakang telefon ini disusun sebegitu rupa? Sebenarnya ia adalah sistem 3 kamera yang memberikan impak kamera profesional dengan lensa ultra wide, wide dan telephoto.

The point is, ketiga-tiga boleh digabungkan untuk memberi pengguna lebih kawalan dan kebebasan untuk menangkap foto mereka. Sebagai contoh, lensa 12MP telephoto dan 12MPwide angle boleh mengaburkan latar belakang umpama efek bokeh yang lebih realistik.
Impressive bukan? Bagaimanapun korang harus melihat meme yang memenuhi media sosial sebelum mendapatkan iPhone 11 tak lama lagi.
Pencukur Elektronik Lelaki
Dah tak pakai razor lepas ni, advance sikit.
iShaver.

Fidget Spiner
Hey! Sudah lama tak dengar tentangnya sejak 2017. Buat comeback nampak.

Dapur Memasak
Okay tiba-tiba lapar bila melihat telefon pintar sendiri.

Pikachu Terkejut
Kalau korang toleh sedikit ke tepi, macam Spongebob Squarepants bermata juling pun ada.

Bola Boling
Nampak sangat korang gian nak bermain. Sama kan dengan lubang bola tersebut.

Boba Tea
Alamak, terliur pula bila lihat telefon sendiri. Slurp!

Bazooka
Sekali terkena flash iPhone 11, terus putih melepak muka.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lancar Menu Rahmah RM5 Di 15,000 Premis, 15 Info Korang Perlu Tahu!

Zaman sekarang ini mana mungkin kita dapat menjamu selera diwaktu makan tengahari dan malam dengan harga RM5. Namun, kini tidak mustahil dengan menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Buletin TV3 sebelum ini ada melaporkan bahawa lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Menu Bajet’ Bakal Diperkenalkan Di Lebih 10,000 Restoran Mamak

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) menerusi laman sosial rasminya berkongsi maklumat lanjut berkenaan Menu Rahmah seperti berikut:
1-Menu Rahmah merupakan satu sajian makan tengah hari atau malam yang seimbang. Ianya juga merangkumi nasi, satu pilihan protien seperti ayam atau ikan dan sayuran ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM5 sepingan.
2-KPDNKSH berharap dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
3-Menu Rahmah ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.
4-Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub merasmikan Menu Rahmah di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.
5-Menu Rahmah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ia hasil libat urus industri bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).
6-IA MELIBATKAN 15,000 PREMIS MAKANAN DI SELURUH NEGARA.
7-Salahuddin berkata daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.
8-Untuk memudahkan rakyat yang disasar, KPDNKSH akan meletakkan pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat.
9-Salahuddin berkata program tersebut akan dijalankan secara berterusan selagi ia mendapat kerjasama daripada premis yang bersedia memberikan perkhidmatan.
10-Sekiranya pengusaha premis tidak boleh mengekalkan (harga menu), boleh beritahu KPDN supaya perbincangan boleh dibuat dari semasa ke semasa. Menurut Salahuddin setakat ini, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 itu.
11-Selain itu, beliau tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Menu Rahmah ini kerana mereka ada pilihan makanan lain.
12-“TETAPI KALAU MEREKA RASA DI TENGAH BULAN SUDAH KURANG DUIT DALAM POKET, MEREKA JUGA BOLEH PILIH MENU RAHMAH KERANA SAYA RASA MEREKA PUN ADA SELERA UNTUK MEMILIH MENU INI,” KATANYA.
13-Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan cuba diselesaikan KPDNKSH selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.
14-Bakul Rahmah disasarkan untuk diberi kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga ditetapkan.
15-Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.
ALHAMDULILLAH….
Sebelum ini, tular seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.
BACA LAGI : Simpati Lihat Pelajar Ikat Perut, Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma
Sumber: KPDN, Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Prosiding Mahkamah Pertama Kali Dalam Talian, Cipta Sejarah Dalam Badan Kehakiman Negara

Bagi yang study law, mesti teruja!
Yalah, bukan mudah nak saksikan siaran secara langsung dalam kamar mahkamah tambah-tambah kita nie student law tahun satu.
Kalau student law teruja, bagaimana dengan kita sebagai orang awam?
Mungkin kita tak terfikir pun nak masuk mahkamah kecualilah kita kena dakwa, ada ahli keluarga didakwa dan lain-lain hal.
Namun disebabkan Perintah Dalam Kawalan (PKP), rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan prosiding mahkamah secara langsung hari ini. Ia sekaligus mencatat sejarah kali pertama badan kehakiman kita bersidang secara langsung yang dapat disaksikan oleh orang ramai tanpa halangan.
Memetik laporan Astro Awani, Badan Kehakiman Negara hari ini mencatatkan sejarah apabila buat kali pertama menyiarkan secara langsung prosiding kes Mahkamah Rayuan secara dalam talian.
Prosiding rayuan yang bermula sekitar jam 10 pagi itu disiarkan secara langsung di laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan saluran Youtube rasmi Badan Kehakiman Malaysia.

Pendengaran rayuan itu membabitkan tiga perayu iaitu Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.
Perayu diwakili Tetuan K. F. Ee & Co manakala responden pula diwakili Tetuan Othman Hashim & Co.
Prosiding tersebut dikendalikan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Kamardin Hashim, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Azizah Nawawi.
Pada permulaan prosiding, Kamardin mengemukakan asas prosiding selain mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak supaya ia disiarkan secara dalam talian.
Ia bertujuan supaya tidak timbul hujah berkaitan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang belum dipinda untuk membolehkan siaran langsung prosiding dilakukan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia sebelum ini memaklumkan langkah itu bagi membolehkan orang awam melihat secara langsung pendengaran kes yang dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.
Ia seiring situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan sekali gus memerlukan Badan Kehakiman Malaysia menjalankan pendengaran kes-kes tertentu secara dalam talian.
Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, mahkamah masih boleh mendengar permohonan reman, pendakwaan kes baharu, permohonan kes jenayah, semakan keputusan mahkamah rendah dan pengurusan kes biasa.
Apa pun Salam Ramadan buat u all semua!

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Thailand Beri Kebenaran Tanam Ganja Di Rumah Untuk Tujuan Perubatan

Ini yang berlaku di negara jiran kita, apabila Lembaga Narkotik Thailand akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadah dan membenarkan orang ramai untuk menanam tumbahan itu di rumah bagi kegunaan sendiri.
Menurut laporan Reuters, sebelum ini Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Kini, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah tetapi ganja berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil tanpa lesen lanjut. Peraturan ini perlu diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.
Kementerian Kesihatan Thailand akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersilnya.
Namun begitu, ganja yang ditanam sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti ubat herba tradisional. Kesalahan menanam ganja tanpa makluman kepada kerajaan akan dikenakan hukuman denda sehingga 20,000 baht dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht atau tiga tahun penjara; atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menjual tanpa lesen.

Harapnya kebenaran ini tidak disalah guna dan dapat memberikan manfaat dalam dunia perubatan di Thailand. Ramai juga yang tertanya-tanya Malaysia bila lagi?
What say you guys?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

