Lelaki Ini Kongsi Tutorial Tukar E-mel Baru Di Facebook Kalau Tak Nak Guna Yang Lama

Share

Baru-baru ini, Yahoo telah pun mengumumkan keputusan untuk menutup Yahoo Groups melalui e-mel yang dihantar kepada pengguna dan mesej yang disiarkan di laman web rasmi mereka.

Walau bagaimanapun, buat yang masih menggunakan emel Yahoo, belum ada keputusan untuk menghentikan perkhidmatan Yahoo Mail dan pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan e-mel seperti biasa.

Namun begitu, jika korang masih ragu-ragu sampai bila perkhidmatan Yahoo mail ini masih beroperasi, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai I am Ropie Blade

telah pun berkongsi tutorial untuk menukar e-mel yang digunakan di Facebook ke e-mel yang baru.

Iye la mesti ramai yang mengunakan e-mel Yahoo masa mula-mula create Facebook dulu kan?

So guys, bagi yang ingin menukar e-mel Facebook yang baru, korang boleh ikut tutorial yang dikongsi dibawah:

1. Buka Apps FB (guna mobile senang sikit), perhatikan 3 garisan diatas sebelah kanan tangan korang (Android) atau dibawah sebelah kanan tangan korang (iOS user). Klik dan cari SETTINGS

2. Pada Settings, sila klik dan korang akan melihat paparan account settings. Pilih Personal Information

3. Di paparan Personal Information, klik Contact Info

4. Seterusnya, pada paparan Contact Info tersebut korang akan melihat emal yang digunakan untuk mendaftar dahulu. Untuk penambahan e-mel baru, klik add email address

5. Masukkan e-mel baru korang (jika mahu menggantikan emel Yahoo) dan password Facebook (password user/e-mel yang sedang digunakan). Kemudian klik add email address

6. Korang akan menerima Confirmation Code di emel baru yang telah di ‘Add’ tadi. Masukkan code tersebut pada paparan Confirmation Code dan klik submit

7. Selesai, korang akan menerima satu emel yang menyatakan emel korang telah ditukar dan sila kembali ke lokasi sama di Contact Info untuk menukarkan Primary Email daripada emel Yahoo ke emel baru

8. Selesai urusan tersebut, korang boleh remove e-mel Yahoo. Maka selesailah urusan penukaran e-mel baru korang untuk aplikasi Facebook

Selepas itu, log out Facebook korang dan log in kembali menggunakan emel dan password yang sama seperti e-mel yang lama.

Selamat mencuba!

Sumber: I am Ropie Blade

IKLAN