Lelaki Ini Kongsi Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Ketika Guna Eskalator

Share

Masalah kemalangan escalator bukanlah sesuatu yang baru buat masyarakat di Malaysia mahu pun di seluruh dunia. Terlalu banyak insiden yang kita selalu dengar berkaitan dengan kemudahan awam ini.

Bukan hanya membahayakan kanak-kanak, namun individu dewasa juga tidak terlepas daripada berpeluang untuk mengalami kemalangan yang berpunca daripada eskalator ini juga.

Melihatkan kepada situasi yang semakin membahayakan ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Yasredz

telah pun berkongsi antara kesalahan-kesalahan yang selalunya pengguna eskalator lakukan di tempat awam.

Sebagai seorang bekas pelajar yang pernah mengambil subjek Building Support System ketika menyambung pelajarannya di peringkat diploma, sudah pasti Yasredz terpanggil untuk ‘bersuara’ dalam menangani masalah serius seperti ini.

Berikut merupakan sedikit perkongsian dan tip tentang eskalator yang telah dikongsi di laman twitternya.

1. Hati-hati kalau nampak platform lebih daripada dua. Kalau nampak ada 3 platform, janganlah berdiri lama-lama disitu

2. Sebelum dan selepas naik, perhatikan comb plate. Kalau banyak patah pada sebelah kanan, stay sebelah kiri. Kalau sebelah kiri, stay

belah kanan

3. Kalau korang perasan, bulu-bulu hitam dekat tepi rails tu bukan tempat gilap kasut. Itu sebagai had kaki supaya jangan melebihi bulu itu sebelum kaki korang kena telan

Fungsi bulu berus tersebut untuk memberi amaran bahawa kaki korang telah dekat dengan bahagian skirt guard escalator dan ia boleh menarik tali kasut atau kasut ke dalam eskalator

4. Nak diingatkan pada kaum perempuan, kalau korang pakai maxi skirt, jubah, long skirt, tolong jaga kain bila menaiki eskalator. Pernah ada satu insiden seorang gadis tersepit antara step escalator

dan eskalator menarik habis kain dia, adoi!

Lelaki ini juga turut berkongsi pengalaman-pengalaman beberapa orang pengguna Twitter yang lain tentang insiden mereka berkaitan dengan tragedi eskalator.

Diharap pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan eskalator.

Malang tidak berbau, tetapi jika boleh dielakkan dengan kesedaran seperti ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

IKLAN