Setiap manusia tak lari daripada sikap lalai yang kadangkala boleh memudaratkan diri sendiri. Tak kisah la lelaki atau perempuan, kecuaian ni memang boleh berlaku pada setiap individu.
Paling kerap berlaku adalah tercicir handphone di tempat awam. Kebarangkalian untuk korang dapatkan semula adalah tipis tetapi apa yang dikongsi oleh seorang brother ni mungkin boleh membantu korang untuk mengesan kembali handphone yang hilang.
Jom kit abaca pengalaman Hafiz Azizan yang tertinggal handphone selepas lunch di sebuah restoran di pasar raya.
SAYA SALAH SEBAB CUAI
Kisahnya semalam lepas bawak anak bini lunch di Marrybrown pasaraya TF Sungai Siput. Anak pon ajak la main sekejap kat pusat game kanak-kanak depan tu.. Nak jadi cerita wife pun tertinggal phone kat situ.. Dah balik baru tersedar.. Then bila pegi balik cari.. Dah takde..
Saya tnya kaunter servis, kaunter pusat game dan kaunter Marrybrown semua cakap tak ada jumpa.. Then saya perasan ada cctv kat area pusat game tu.. Apa lagi.. Mintak tolong staff situ replay pada masa kejadian dan memang ada makhluk yg ambil kesempatan atas kecuaian saya.
Ads
Dengan nasihat seorang kawan untuk guna google, saya trace phone tu dan dapat lokasi rumah.. Dapat lokasi kedai phone juga.. (tempat-tempat yang pelaku stop beberapa ketika)
Alhamdulillah harini dah dapat semula phone tu atas bantuan pihak polis. Pelaku mengaku tak bersalah walau dah jual kat kedai. But its ok.. As long as phone tu masih dalam keadaan asal (Malas nak panjangkan hal)
So apa saya buat untuk trace semula handphone ni maybe boleh sama-sama jadi panduan.
Ads
1. Call semula phone yang hilang tu 2 ke 3 kali jarak masa yang berlainan. (Incase orang yang ambil tu tunggu untuk pulangkan). Dalam kes saya ni dia cancel call saya.
2. Trace handphone guna apps life360. Atau kalau tak ada install macam saya.. Boleh ke link bawah ni.
https://myaccount.google.com/find-your-phone
Ads
Penerangan pada setiap gambar di bawah macam mana nak guna link tu ya.
Lepas je klik link https://myaccount.google.com/find-your-phone Terus keluar paparan macam ni.. Boleh open di phone lain atau pon di desktop. Kat sini akan terpapar lokasi mana sahaja email kita tu di login. So just klik pada phone kita yg hilang tu..Login email yg digunakan pada phone yg hilang tu.Pilih locate untuk ke paparan seterusnya.Paparan ni keluar lepas klik pada locate. Ada map di bahagian atas.. Map ni di pin betul2 atas lokasi semasa tau.. Accurate..Jika klik pada “SECURE DEVICE” pulak, akan keluar paparan macam ni.. Kita boleh set message pada screen dan letakkan no fon alternative untuk dihubungi..Ni la rupa paparan “SECURE DEVICE”, screen akan auto lock dan akan keluar paparan macam ni everytime dia cuba nk unlock screen.
3. Rekod atau screenshot tempat-tempat penting yang dia pergi. Dalam kes saya ni.. Saya ikut dan waze ke tempat dia pergi tu.. Dia balik rumah dan ke kedai phone.
4. Report polis maklumat-maklumat yang ada dah dapat kat atas tadi. Seperti yang saya tegaskan, involve polis lebih secure.. Bukan untuk suruh polis tangkap dan humban si pelaku masuk penjara ye.
In syaa Allah, kalau ada rezeki boleh dapat semula handphone yang hilang tu..
Walau bagaimanapun, sebaiknya kita perlu lebih berhati-hati dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling. Kalau boleh, sebelum beredar tu make sure semua barang berharga ada bersama kita. Maklum saja malang tak berbau kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini aplikasi WhatsApp pernah berkongsi ciri baharu yang akan diperkenalkan iaitu admin grup WhatsApp bakal diberikan kelebihan untuk memadam mesej daripada ahli lain. Kini, seperti yang dilaporkan ciri itu sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Ciri baharu ini membolehkan admin grup tap pada sesuatu mesej yang tidak diingini dan seterusnya memilih untuk memadam. Apabila mesej tersebut dipadamkan, ia akan meninggalkan notifikasi mengatakan bahawa mesej itu telah dipadam oleh admin.
Fungsi memadam mesej ini mungkin antara yang dinantikan oleh pengguna WhatsApp terutamanya kepada ahli yang sering bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan. Dengan adanya ciri ini juga dilihat dapat memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran bagi sebuah WhatsApp Group.
Walau bagaimanapun, bukan semua admin grup sudah boleh menggunakan ciri ini kerana perlu menunggu kemaskini terkini yang dikhabarkan bakal ditawarkan dalam tempoh terdekat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus
Foto Via macrumors.com
Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,
Foto Via macrumors.com
Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji
Foto Via macrumors.com
Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara
Foto Via macrumors.com
iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun begitu, menurut portal amanz.my, selepas seminggu menggunakan iOS 13 Beta, mereka menyedari sistem operasi yang digunakan pada iPhone dan iPod ini masih mempunyai beberapa kekurangan berbanding Android.
Wah, biar betul?
Jom kita lihat perkongsian mereka tentang 13 fungsi yang pengguna mahukan tetapi tiada pada iOS 13 Beta.
1. Tiada sokong split-view
Sokongan ini telah melancarkan dua aplikasi serentak pada Android sejak diperkenalkan pada Samsung Galaxy Note 2 hampir 7 tahun yang lalu. Pada peranti iOS, hanya iPad menyokong multi window mode yang diberi nama split-view sejak iOS 11 lagi. Sokongan yang sama tidak ada secara natif pada iPhone. Dengan skrin iPhone XS Max sebesar 6.5″, fungsi ini sepatutnya disokong kerana ruang paparan yang besar.
Sebagai perbandingan Note 2 hanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan telah diperkenalkan hampir 7 tahun yang lalu. Setelah melihat betapa bergunanya Split-View pada iPadOS, kenapa ia tidak disokong pada iPhone milik peribadi?
2. Tiada Face ID pada kedudukan landskap
Kalau korang buat kerja atau menonton video menggunakan iPhone, peranti terkunci pada posisi landskap. Kalau nak unlock korang terpaksa mengembalikan iPhone XS ke posisi menegak bagi membolehkan Face ID mengimbas wajah. iOS 13 masih tiada sokongan Face ID secara landskap.
iPad Pro 11” dan 12.9” boleh melakukan unlock tanpa mengira orientasi peranti. Jadi kenapa iPhone X, XR, XS dan XS digunakan pada iPad Pro. Sistem imbasan wajah 3D pada Huawei Mate 20 Pro pun boleh di unlock tanpa mengira orientasi sejak hari pertama dilancarkan.
3. Tetapan kamera masih perlu diubah dari settings
Dengan menekan ikon Bluetooth dan WiFi, pengguna boleh terus mencari aksesori atau WiFi yang digunakan dengan pantas. Namun begitu, iOS masih belum mengubah proses melakukan tetapan kamera.
Contohnya untuk mengubah mod rakaman dari 1080P 60FPS ke 4K 60FPS, ia masih perlu dilakukan pada skrin Settings. Pengguna keluar dari aplikasi kamera terlebih dahulu. Walhal, jika Android nak mengubah tetapan kamera boleh dilakukan terus daripada aplikasi kamera.
4. Tambatan dua aksesori audio Bluetooth serentak
Galaxy S10 boleh menambat dua fon kepala kepadanya serentak dan dapat membezakan kualiti audio menerusi fungsi Dual Audio kerana fungsi Bluetooth 5.0 telah disokong sejak Galaxy S8.
iOS 13 memperkenalkan sokongan tambatan dua aksesori audio nirwayar tetapi hanya untuk Apple AirPods dan Powerbeats Pro yang dilengkapi cip Apple H1. Tambatan aksesori audio lain tanpa cip ini tidak disertakan pada iOS 13.
5. Tiada sokongan FLAC
Masih tiada sokongan untuk fail FLAC (Free Lossless Audio Codec) dan hanya menyokong format ALAC (Apple Lossless Audio Code) yang memerlukan filem FLAC diubahsuai menggunakan perisian lain terlebih dahulu.
Manakala Android pula, sokongan FLAC telah diberikan secara natif sejak Android 3.1 Honeycomb dilancarkan pada 2011.
6. Masih tiada tatapan aplikasi default
Agak mengejutkan apabila verso ke-13 sistem operasi ini masih tidak membenarkan pengguna menetapkan aplikasi pilihan untuk pelayar web.
Jika dilihat pada sistem Android pula, terdapat skrin khas untuk memilih pelancar, pelayar web, pembantu maya, dompet digital dan banyak lagi. Apple masih memaksa penggunaan aplikasi mereka sebagai default walaupun korang tidak mahu menggunakan Safari sebagai pelayar web.
7. Fungsi NFC masih terhad berbanding Android
Dengan iOS 13 Apple mula membuka sistem NFC yang boleh dibaca oleh peranti. iPhone boleh membaca kad pengenalan di Jepun dan Jerman. Di United Kingdom pula sistem ini boleh membaca passport. Malah, dibeberapa bandar tertentu, sistem NFC iPhone sudah boleh digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan dan ganti kepada kad matriks universiti.
Pengguna Andorid sudah terbiasa menambat fon telinga nirwayar atau kamera digital menerusi sentuhan NFC yang pantas. Jauh lebih pantas dan mudah berbanding perlu ke skrin tetapan Bluetooth pada iOS 13 sekarang.
8. Fail tidak boleh dipindahkan dari PC ke iPhone
Pemacu mudah alih dan pemacu cakera keras akhirnya boleh dibaca oleh iPhone menerusi iOS 13. Ini memudahkan proses pemindahan dokumen dan gambar di pejabat. Apple mendengar keluhan pengguna iPad Pro yang merungut sokongan storan luaran adalah terhad pada iOS 12.
Tetapi pada masa yang sama sokongan pemindahan data dengan mudah ini tidak disertakan pada pengguna PC. Apabila iPhone dipasang pada PC, pemindahan data dari PC ke iPhone masih tidak boleh dilakukan sama sekali. Satu lagi kekurangan iOS sejak edisi pertama tidak ditambah baik oleh Apple pada iOS 13.
9. Tiada sokongan pemindahan fail ke Android menggunakan Bluetooth
Sistem perkongsian AirDrop adalah yang terbaik boleh untuk pengguna iPhone. Ia turut boleh digunakan untuk menghantar fail ke iPad, iPod dan komputer Mac yang dimiliki. Namun begitu harus diakui majoriti pengguna tidak menggunakan peranti iOS dan sebaliknya menggunakan peranti Android.
Ketika hari raya proses menghantar gambar ke sanak saudara adalah sukar kerana mereka tidak menyokong AirDrop. Penghantaran menggunakan protokol bluetooth ke peranti Android masih tidak wujud pada iOS 13.
10. Tiada sokongan landskap untuk skrin Home iPhone XS Max
iOS 13, masih tiada sokongan mod landskap untuk skrin home untuk iPhone XS Max, XS, XR dan X. Sokongan ini ditarik pada kesemua iPhone dengan Face ID sejak iOS 11 lagi.
Menggunakan skrin home dalam kedudukan landskap amat berguna ketika menonton video atau peranti diletakkan pada pendakap di dalam kereta. Ketiadaan mod landskap untuk skrin home ini adalah memandangkan mod landskap disokong pada skrin Settings dan aplikasi Mail misalnya pada iOS 13 tanpa mengira model peranti.
So, korang pengguna iOS ke Android? Cer komen sikit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM BTS AMA 2026 mencipta sejarah apabila RM BTS menjadi artis Asia pertama menang di Anugerah Muzik Amerika, mengukuhkan dominasi BTS di pentas global.