Lelaki Arab Bersama Proton Wira Jadi Tumpuan Netizen, Terutamanya Peminat Kereta Tempatan

Share

Bagi yang membesar sekitar tahun 1985 pasti ingat lagi semasa pelancaran kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.

Model Proton telah menjadi lambang kebanggaan negara sejak dari tahun 80-an lagi dengan model pertamanya Proton Saga. Pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1985, model Proton Saga telah mula dieksport ke pasaran luar negara, khususnya United Kingdom (UK) pada Mac 1989.

Selain Proton Saga, Proton Wira juga antara model-model lama yang pernah di eksport ke luar negara. Malah, model terawal jenama ini juga pernah juga digunakan dalam siri popular Mr. Bean.

Baru-baru ini tular satu gambar seorang lelaki arab sedang duduk di bonet hadapan kereta Proton Wira yang dihiasi dengan riben seperti dia sedang menyambut hari istimewa ketika gambar tersebut ditangkap.

Gambar yang dikongsikan tersebut dirakam di negara Turki berdasar susunan nombor plat pada Proton Wira tersebut. Menurut netizen lain, ada sebuah Facebook Group ‘TUNCER KOÇAK TR PROTON CLUB’ yang terdiri daripada pemilik kereta Proton Wira di seluruh negara tersebut.

Rata-rata komen dari posting ini menyatakan mereka masih setia dengan kereta kebangaan negara kita ini. Facebook tersebut telah mendapat ratusan komen daripada peminat-peminat kereta Proton Wira dari Malaysia.

Untuk info, pelancaran pasaran Proton Wira dilakukan di PWTC pada Mei 1993. Walaupun model Proton Wira tidak dikeluarkan lagi, namun ia masih mempunyai peminat-peminat tersendiri yang masih lagi menggunakan kereta tersebut sebagai kenderaan harian.

IKLAN