Ikon sukan gusti World Wrestling Entertainment (WWE), Hulk Hogan, disahkan telah meninggal dunia malam tadi pada usia 71 tahun.

Berita pemergian bintang lagenda ini bukan sahaja mengejutkan peminat gusti tegar, malah turut mengundang rasa pilu dalam kalangan peminat hiburan global yang membesar menyaksikan kegemilangannya di era 80-an dan 90-an.

Legenda Sukan Gusti WWE Hulk Hogan Meninggal Dunia Di Usia 71 Tahun

Menurut laporan Berita Harian, polis dan pasukan perubatan kecemasan (EMT) telah dikejarkan ke kediaman Hogan di Clearwater, Florida, pagi Khamis, selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian ‘serangan jantung’. Difahamkan, Hogan telah diusung keluar dari rumah menggunakan pengusung dan kemudiannya dibawa menaiki ambulans untuk rawatan kecemasan. Namun, beliau disahkan meninggal dunia semasa dirawat di hospital.

Kejadian ‘serangan jantung’

Setakat ini, pihak Polis Clearwater masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, dan punca sebenar kematian masih belum diumumkan kepada umum.

WWE turut mengesahkan berita duka ini menerusi satu kenyataan rasmi di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter), menyifatkan pemergian Hogan sebagai satu kehilangan besar kepada industri gusti profesional.

Ads

Legenda Sukan Gusti WWE Hulk Hogan Meninggal Dunia Di Usia 71 Tahun

“WWE berduka cita apabila menerima berita bahawa Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Hulk Hogan, telah meninggal dunia. Sebagai salah satu ikon yang paling dikenali, Hogan telah membantu WWE mencapai pengiktirafan global pada era 1980-an. WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat beliau,” tulis kenyataan itu.

Hogan, atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, bukan sekadar ahli gusti biasa. Beliau merupakan wajah utama WWE semasa era kegemilangan awalnya dan memainkan peranan penting dalam melonjakkan populariti gusti ke peringkat antarabangsa. Antara perlawanan paling ikonik beliau termasuk aksi WrestleMania III menentang Andre the Giant yang kekal menjadi simbol era kegemilangan sukan hiburan itu.

Ads

Di sebalik kegemilangan dan kemasyhuran, Hogan juga dilaporkan menghadapi pelbagai isu kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, terdapat khabar angin sebelum ini yang mendakwa beliau berada dalam keadaan tenat dan koma, namun tidak disahkan secara rasmi.

Kini, pemergian Hulk Hogan menandakan berakhirnya satu era dalam dunia gusti profesional. Beliau bukan sahaja seorang atlet, tetapi juga seorang penghibur yang berjaya membentuk budaya pop melalui persona unik dan gaya persembahan yang luar biasa.

Hulk Hogan mungkin telah tiada, namun semangat Hulkamania akan terus hidup dalam sejarah dan kenangan peminat seluruh dunia.

Ads

BACA LAGI : Jersi Lagenda Michael Jordan #23 Cari ‘Pemilik Baru’, Dilelong Dengan Lebih RM22 Juta!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads