Lee Chong Wei Akan ‘Menetap’ Di Hong Kong Pertengahan Tahun 2020

Share

Okay, okay relaks..

 

Tak lama lagi, penduduk dan pelancong di Hong Kong boleh berjumpa dengan jaguh badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei di sana pada setiap hari

Namun, Chong Wei bukannya berpindah ke sana bersama-sama ahli keluarga beliau.

‘Chong Wei’ akan menjadi sebahagian daripada koleksi patung lilin (wax figure) di Madam Tussauds Hong Kong. Sekaligus, beliau menjadi atlet Malaysia pertama yang menerima penghargaan tersebut.

Telah banyak sumbangan yang Chong Wei telah hulurkan sebagai pemain badminton nombor satu negara.

Selain berjaya merangkul kejuaraan BWF Super Series Masters Finals sebanyak 3 tahun berturut-turut, beliau juga seorang dermawan yang berbakti semula kepada negara apabila menyumbang RM2 juta untuk pembangunan sukan badminton, tahun lalu.

Maka, tak hairanlah apabila Madame Tussauds berminat untuk menghasilkan patung lilin Chong Wei agar ramai pengunjung boleh mengambil gambar dan belajar mengenai kejayaan beliau sebagai pemain badminton unggul.

Menurut Madame Tussauds Hong Kong, Chong Wei adalah individu kedua yang diabadikan dalam muzium tersebut selepas Datuk Michelle Yeoh beberapa tahun lepas.

Lee Chong Wei semasa ditemui oleh wakil Madame Tussauds Hong Kong

Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong bermula pertengahan tahun ini, jangan lupa untuk ke Madame Tussauds dan katakan hi kepada ‘Chong Wei’!

*

Jika cawangan Hong Kong menambah jumlah patung lilinnya, jumlah patung di cawangan London Madame Tussauds pula semakin berkurangan apabila patung Putera Harry dan Meghan Markle dipindahkan.

Err..

 

IKLAN