Hero Remaja Inspirasi 2020 yang juga merupakan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil akhirnya berjaya menamatkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Awal pagi tadi, Imran memuat naik instagram story di majlis graduasi yang berlangsung meriah, namun disambut dengan penuh sederhana.
“Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menghadiri sesi konvokesyen bagi menamatkan pelajaran di peringkat diploma. Setelah hampir setahun ditangguhkan, saya bersyukur yang kami masih berpeluang untuk menyambut hari graduasi secara fizikal. Pada mulanya, pihak politeknik ingin melakukannya secara online, namun para pelajar membuat petisyen untuk memohon agar majlis ini dilakukan secara fizikal,”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak politeknik kerana mengambil kira tentang permintaan para pelajar. Walaupun majlis berlangsung secara sederhana dan tidak semeriah sebelum ini, kami tetap bersyukur kerana dapat meraikan bersama rakan-rakan yang lain,”
“Jika dahulu majlis konvokesyen dirai bagaikan satu festival dengan dipenuhi gerai-gerai dan ada juga persembahan nyanyian, tapi kini kami akur dengan majlis yang disambut sederhana ini bagi mengikut SOP yang telah ditetapkan,” ujar Imran.
Ads
Ditanya adakah Imran bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, ini jawapan yang telah diberikan kepada Remaja.
“Saya memang mempunyai sasaran untuk setidak-tidaknya memiliki ijazah sarjana muda. Namun begitu, sekarang ini saya perlu lebih memberi fokus kepada kerjaya dan insyaAllah jika tidak ada aral melintang, target saya lagi dua tahun untuk menyambung pelajaran,” jawabnya.
Ads
Imran juga sebelum ini sering menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa yang dilanda musibah. Terbaharu, anak muda ini juga turut bekerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di UiTM dan Politeknik Shah Alam.
“Alhamdulillah saya berpeluang untuk turun padang bersama YSS menyerahkan bantuan makanan dan keperluan kepada PPS di UiTM dan Politeknik. Baru-baru ini saya juga ke Sri Muda bagi mencari keluarga makcik saya yang terkandas di sana. Kami terputus hubungan dan tidak tahu keberadaan mereka di sana. Kalau nak harapkan bantuan mencari mereka, rasanya ramai lagi mangsa yang turut sama meminta bantuan. Jadi apa yang saya buat, kami sekeluarga turun padang ke Sri Muda untuk mencari Acu saya,”
Ads
“Sewaktu tiba di Sri Muda, keadaan di sana memang gelap gelita dan tiada line telefon. Namun, Alhamdulillah kami berjaya menemukan makcik saya dirumah mereka yang pada ketika itu masih terperangkap disana,” tambahnya lagi.
Imran juga menjelaskan bahawa dia dan team Hot FM bakal turun padang bagi membantu membersihkan kawasan perumahan yang terkesan akibat banjir.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan peserta termuda di pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula minat berlakon selepas menonton banyak filem dan drama Korea sewaktu PKP tahun lalu.
Pernah mencuba dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 tetapi tidak berjaya, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi finalis Hero Remaja 2021.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan di Hero Remaja 2021 sebagai peserta paling muda dan ingin mencabar dirinya untuk lebih bersinar dan bersaing dengan finalis yang lain.
Siapa sangka anak muda ini juga mempunyai minat untuk mencuba dalam bidang masakan. Jelas Syazani, sepanjang PKP ini dia banyak mencuba resipi yang dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial di Instagram dan antara yang menjadi kegemarannya adalah kek pisang.
“Sebenarnya kalau ikutkan rutin saya, setiap kali selepas bangun tidur saya akan melayari media sosial dahulu untuk mengetahui berita-berita semasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita,”
“Selepas itu, saya akan cuba mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sendiri. Contohnya memasak. Why not kita cuba benda baru daripada tak buat apa-apa di rumah kan?,” jelas Syazani.
Walaupun menjadi peserta paling muda dalam edisi Hero Remaja kali ini, Syazani tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia merasakan rendah diri kerana baginya setiap peserta pasti mempunyai kelebihan masing-masing.
Korang juga boleh mengundi Syazani untuk Hero Remaja Favorite 2021 di www.remaja.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 sudah pun bermula. Berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang nanti.
Dalam beratus peserta yang hadir, perhatian kami tertumpu kepada seorang pemuda yang merupakan kembar kepada Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Farees Asri turut hadir mencuba nasib ke sesi uji bakat hari ini kerana dia menganggap bahawa Hero Remaja merupakan satu platform untuknya kerana Farees mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk menjadi ikon kepada para remaja.
“Saya rasa Hero Remaja boleh menjadi platform terbesar untuk saya menjadi seorang anak seni dalam industri hiburan tanah air,”
“Dalam bilik juri tadi, saya juga tidak sangka bahawa mereka akan bertanyakan soalan tentang pengetahuan am juga. Selain itu, saya juga perlu menunjukkan bakat ‘catwalk’ di hadapan juri tadi,” jelas Farees.
Tidak mahu dibayangi oleh Farhan Asri, Farees yakin mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak perlu untuk membandingkan dia dan abang kembarnya, Farhan.
“Sebenarnya saya berbeza dengan abang kembar saya. Saya mempunyai kelebihan yang tersendiri, manakala Farhan juga mempunyai kelebihan dia sendiri,” tambahnya lagi.
Syabas kami ucapkan kepada Farees Asri kerana berani untuk ke hadapan dan mencuba nasib di sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
Bagi korang yang tak sempat nak datang hari ini, esok kami masih lagi meneruskan pencarian di lokasi dan waktu yang sama.
Jumpa esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ideen Azman atau lebih mesra dipanggil Ideen merupakan finalis Pencarian Hero Remaja 2021 yang berasal dari Melaka. Merupakan seorang pelajar semester ketiga jurusan teater di ASWARA.
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa finalis Hero Remaja ini ada yang mempunyai latar belakang dalam sukan renang. Menariknya lagi, dia juga merupakan seorang tenaga pengajar dan mempunyai lesen penyelamat International Life Saving (ILS).
Menurut Idden di dalam apa apa kecemasan, kemahiran yang telah dipelajari boleh menolong menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi. Malangnya tidak ramai yang mempunyai lesen tersebut.
Aktif terlibat dalam teater kerana baginya seni teater banyak mengajarnya menjadi manusia. Bahkan anak ketiga daripada empat orang beradik ini punya bakat dalam nyanyian juga. Banyak pertandingan yang sudah disertai olehnya sejak zaman sekolah lagi. Bakat nyanyiannya bersama instrumen gitar yang diasah sejak kecil telah berjaya menyakinkan keluarganya bahawa ini adalah bidang yang tepat untuknya. Malah, kejayaan terpilih sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2021 telah memupuk kepercayaan keluarga terhadap jalan yang dipilihnya ini.
Tapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apa yang dilakukan oleh Remaja ini?
Jadi sepanjang PKP ini, Ideen banyak meluangkan masa dirumah dengan membuat shoot ‘cover’ lagu dan dimuatnaik dilaman sosialnya.
Disebelah petang pula beliau akan beriadah dengan bermain ‘roller blade’ atau kasut berroda kerana permainan ini bukan hanya mampu mengeluarkan peluh bahkan ia mampu tingkatkan stabiliti dan stamina.
“Ideen sangat gembira kerana ini merupakan impian Ideen 5 tahun yang dulu sejak di bangku sekolah lagi dan Alhamdulillah akhirnya Ideen dapat apa yang Ideen mahukan. Boleh dikatakan ini antara pencapaian yang paling besar dalam hidup Ideen setakat ini,” jelas Ideen.
Tahniah kami ucapkan buat Ideen kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Ideen untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!