Kalau tanya pada perempuan apa itu waxing, rata-rata daripada mereka pasti tahu, tapi tak semua berani untuk melakukannya sebab katanya waxing ni sakit.
Salah satu kelebihan waxing berbanding mencukur adalah ia menanggalkan rerambut daripada akar dan jangka masa untuk tumbuh semula adalah lebih lewat, iaitu lebih kurang tiga minggu atau bergantung kepada kadar penumbuhan rambut setiap individu.
Waxing juga merupakan satu cara yang bagus kerana ia dapat membuang kulit mati, menjadikan kulit licin dan membolehkan penyerapan pelembap badan dengan lebih berkesan.
Sebenarnya, kalau korang buat waxing di tempat yang betul, mereka mempunyai prosedur yang lebih teratur dan sentiasa menitikberatkan isu kebersihan.
Kali ni, Remaja nak share knowledge tentang waxing yang mungkin korang tak tahu lagi.
Jenis-jenis wax
Sebelum tu, ada dua jenis wax yang selalu digunakan untuk kaedah waxing ini.
1. Soft wax
Wax jenis ini sesuai untuk bahagian badan yang lebih luas, contohnya seperti lengan, kaki dan dada (lelaki).
2. Hard wax
Sesuai untuk bahagian badan yang struktur kulitnya lebih lembut, contohnya muka, bawah lengan dan bahagian peribadi.
Ads
Sebelum melalui rawatan waxing
1. Korang perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya menggunakan ubat-ubatan seperti berikut:
Untuk menikmati pengalaman waxing yang baik, berikut merupakan penjagaan diri selama 24 jam yang korang perlu buat selepas melalui rawatan wax.
1. Jangan mandi air panas
2. Jangan pergi berenang
Ads
3. Jangan gunakan pakaian ketat
4. Jangan sapu produk wangian termasuk deodoran, antirespirant atau solekan pada bahagian tubuh yang telah di waxing.
5. Jangan menggosok atau menggaru bahagian tersebut
6. Jangan bersenam secara intensif
Antara bahan yang digunakan untuk mengekalkan kebersihan
3 syarat sebelum waxing
1. Rambut mesti lebih kurang 4 mm hingga 6 mm panjang
2. Jangan cukur rambut sebelum wax
3. Penggunaan pelembap akan mengurangkan kekeringan kulit dan menjadikan kulit lebih bersedia untuk di waxing.
Untuk mendapatkan pengalaman waxing terbaik, korang juga boleh pilih mana-mana cawangan daripada lapan kedai STRIP ini, antaranya adalah cawangan terbaru di Bangsar Village. STRIP merupakan pakar rawatan penyingkiran rambut yang menyediakan perkhidmatan waxing untuk lelaki dan perempuan.
Tempatnya cosy, bersih dan pendek kata, korang akan rasa sangat selesa kalau berada di sana. Harganya juga affordable. Sesekali tak salah kan nak manjakan diri. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, acara pertunjukan fesyen tahunan berprestij, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Ready To Wear telahpun dilangsungkan selama sedekad lamanya.
Dalam tempoh sepuluh tahun ini, pelbagai pembaharuan, inovasi dan kreativiti yang telah kita saksikan pada skala yang semakin besar dari tahun ke tahun.
Malah jika diperhatikan kepada penerimaan fesyenista di Malaysia sendiri, KLFW kini menjadi sebahagian daripada keraian yang dinanti-nantikan bukan sahaja di lokasi rasminya, Pavilion Kuala Lumpur malahan di platform media sosial.
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang turut berada di sidang media Kuala Lumpur Fashion Week semalam di ibu negara.
Kongsi pengasas KLFW Andrew Tan, edisi kesepuluh ini akan mengembalikan sepenuhnya pertunjukan fesyen secara fizikal daripada lebih 40 koleksi pakaian pereka tempatan.
Bermula 17 hingga 22 Ogos akan datang, KLFW 2022 menjanjikan satu persembahan yang cukup menakjubkan.
“Apabila saya memulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu ia merupakan sesuatu yang berisiko besar dan memerlukan usaha yang gigih. Saya ingat lagi, mesyuarat pertama ketika ingin menubuhkan KLFW pertama dahulu adalah di dalam sebuah bilik kecil di pusat beli-belah Pavilion. Dan lihatlah kini bila kita berada dalam Pavilion Hotel pula.
“Apa yang kami tidak dapat jangkakan adalah era pandemik. Ia telah memberi impak kepada semua seperti yang tidak pernah kami sangka-sangkakan. 2 tahun kemudian, kita masih dibelengu isu wabak, harga minyak petrol, peperangan di Ukraine dan inflasi ekonomi.
“Dalam masa beberapa tahun, faktor-faktor ini akan terus memberi cabaran kepada pereka fesyen tempatan dan bisnes pakaian. Namun, kami yakin serta bersemangat untuk bangkit semula
“Industri fesyen Malaysia bernilai USD8 bilion dan dijangka akan terus berkembang setiap tahun sebanyak 7.8 peratus. Ia adalah nilai yang mendadak serta menyediakan peluang pekerjaan yang banyak,” ujarnya.
Untuk KLFW 2022, di antara jenama yang bakal mempersembahkan koleksi mereka termasuklah Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Mimpi Kita, Neonate, Behati, Cassey Gan, Alia Bastamam, Hatta Dolmat, Maarimaia, Afiq M, Nelissa Hilman dan ramai lagi.
Dalam pada itu, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari bakal mempersembahkan produk minyak wangi terbaru di bawah jenama terbaru mereka, Homage by Nobel bersempena KLFW 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Generasi muda kini mungkin kurang kenal dengan nama Zang Toi. Namun jika anda seorang peminat fesyen pasti beliau antara personaliti fesyen asal Malaysia yang memberi inspirasi. Dilahirkan pada tahun 1961, pemilik nama penuh Toi See Zang ini dibesarkan di sebuah perkampungan kecil di Kuala Krai, Kelantan sebelum berhijrah ke Kanada pada usia 18 tahun dan seterusnya menimba pendidikan dan membina kerjaya di Amerika Syarikat sehingga kini.
Mendapat pendidikan di Parsons School of Design. Demi menampung kos sara hidupnya ketika itu, beliau bekerja separuh masa dengan pereka-pereka kecil di Soho. Hasil yang diperolehi digunakan untuk membeli barangan seperti mesin jahit dan bahan-bahan lain yang diperlukan sebagai seorang pelajar dalam bidang fesyen. Tidak penat mengejar cita-cita, beliau pernah tidur hanya tiga jam sahaja sehari demi menyeimbangkan waktu kelas dan juga waktu untuk bekerja.
Antara koleksi terkini. Cukup bold dan berani.Koleksi Spring 2020, kalau anda perasan corak pada gaun ini diinspirasikan dari batik Kelantan. Sumber gambar: WWD
Hasil usahanya yang tinggi membuahkan hasil apabila beliau menjadi aperantis kepada Mary Jane Marcasiano dan Ronaldus Shamask. Cukup menimba ilmu dan pengalaman, akhirnya pada tahun 1989 beliau berjaya membuka sebuah studio sendiri yang juga digunakan sebagai bengkel fesyen.
Memetik dalam temubual penulis bersamanya pada tahun 2018, “Saya sangat berterima kasih kepada Anna Wintour, ketika itu saya merupakan pereka fesyen keturunan Asia pertama dia ketengahkan dalam majalah Vogue pada tahun 1990, sekaligus meletakkan nama saya di dalam peta fesyen.”
Sharon Stone menggayakan busana rekaan Datuk Zang Toi
Sejak itu, anak jati Kelantan ini tidak menoleh ke belakang. Beliau menjadi pilihan wanita-wanita elit yang suka akan gaya chic, glamor dan mewah yang diterjemahkan ke dalam busana. Melinda Gates merupakan antara pelanggannya ketika di baru bermula dalam dunia fesyen. Selain itu busananya turut menjadi pilihan selebriti terkenal Hollywood seperti Sharon Stone, Eva Longoria, Ivana Trump, Patti La Belle dan ramai lagi.
Bersama ibu tercinta ketika menerima anugerah dari YDPA
Pada tahun 2013, beliau dianugerahkan Pingat Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia. Untuk berjaya baginya memerlukan satu perkara penting, “Kerja keras merupakan satu perkara penting untuk memiliki perniagaan yang berjaya.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan pereka fesyen Malaysia yang tersohor seantero dunia, Datuk Seri Bernard Chandran tidak dapat disangkal lagi. Busana rekaannya senantiasa menjadi pilihan golongan bangsawan, orang kenamaan dan juga selebriti terkenal.
Terbaharu, anak jati Selangor berusia 54 tahun ini telah diberikan tugas untuk mereka busana khusus buat Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sempena hari bahagianya.
Dalam satu hantaran di laman Instagram yang dimuat naik oleh jurusolek, Newtron Wangvisarn dapat dilihat pereka fesyen itu sedang meletakkan layah di atas kepala puteri Sultan Brunei itu.
Solekan tipis dan ringkas menaikkan seri Puteri Fadzilah. Kredit foto: Instagram Newtron Whangvisarn
Rekaan baju kurung dalam potongan klasik berona putih itu terlihat ringkas namun diserikan dengan sulaman dan juga taburan batuan berkilau yang meliputi keseluruhan busana. Penampilan Puteri Fadzilah dilengkapkan lagi dengan layah berenda yang memberi nuansa kemewahan.
Menaikkan lagi serinya, penampilan Puteri raja berusia 37 tahun itu cukup manis dengan sentuhan solekan Wangsivarn dan juga dandanan oleh Sheereen Makeup Studio.
Puteri Fadzilah telah selamat diijabkabulkan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei dalam majlis penuh gemilang.
Melihat kepada busana yang digayakan oleh Puteri Fadzilah, mengimbau kenangan ketika Datuk Seri Bernard Chandran mengadakan pameran istimewanya di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada tahun 2013.
Ketika itu antara busana yang dipamerkan adalah busana ikonik rekaannya yang digayakan oleh kerabat Diraja dan juga orang kenamaan.
Busana kebaya pendek dalam fabrik songket jong sarat rekaan Bernard Chandran untuk Tengku Dato’ Nurul Kamalia bt Tengku Kamil Ismail.Busana yang dipakai Dayangku Ratna Siti Nooraishah untuk majlis Muleh Tiga Hari.Baju perkahwinan dalam siluet kurung moden untuk Datin Dr Halina, isteri kepada angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Sememangnya setiap satu busana yang direka oleh Datuk Bernard Chandran memiliki keistimewaan tersendiri. Selain idea yang berbeza dari yang lain, sentuhannya mencetuskan keunikan yang jelas menyuntik aura agung dan mempesona.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.