Siapa tak kenal dengan si cantik Che Puan Syamim Farid ni.

Merupakan nama yang tidak asing bagi kami di REMAJA, wanita anggun ini merupakan salah seorang daripada keluarga besar Dewi Remaja yang mana dia merupakan naib juara Dewi Remaja 2014/15.

Kerjayanya kian berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia. Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau juga merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.

BACA JUGA:  “7 Tahun Lepas, Dia Jadi Bridesmaid I..” Che Puan Syamim Farid Sebak Saksikan Raysha Rizrose Bergelar Isteri

Lebih 9 Tahun Syamim Farid Tak Makan Nasi, ‘Maintain’ Tubuh Size ‘Barbie’

Tak Jamah Nasi Dan Tolak Gula

Namun, apa yang paling menjadi inspirasi ramai adalah kelangsingan bentuk tubuh Che Puan Syamim ini yang langsung tidak berubah persis anak dara meskipun sudah berkahwin selama lapan tahun.

IKLAN

Malah kelihatan semakin jelita! Agaknya apakah rahsia yang diamalkan?

Lebih 9 Tahun Syamim Farid Tak Makan Nasi, ‘Maintain’ Tubuh Size ‘Barbie’

Sebelum ini sekitar tahun 2020, beliau pernah berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsung dan sihat. Khabarnya, ketika itu dia sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi.  Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.

IKLAN

“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul Self-dicipline. No cheat day,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan.

Selain itu di juga menambah yang jika mahu makan makanan yang berat dia memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.

Hebatnya Che Puan ni, penulis kalau tak makan nasi sehari pun mau hilang mood.huhu

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI