Lebih 70 Ribu Calon Mendaftar, Ujian Khas Kemasukan MRSM Bermula 3 Disember

Share

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan MRSM untuk tingkatan satu dan empat tahun 2022 pada Disember ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Ujian Kencenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Manakala, bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.

Foto: LinkedIn (Gambar hiasan)

Calon akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga Januari 2022 dengan semakan tarikh, masa dan tempat ujian yang boleh disemak secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

Calon juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan nanti.

Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh negaran dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.

Foto: FMT (Gambar hiasan)

Calon UKKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian dan semua calon diminta bersedia serta membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan.

Untuk rekod, Mara menerima sebanyak 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu, manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.

Kami di Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kesemua calon MRSM yang bakal menduduki peperiksaan akan datang.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN