Larry King, Lagenda Pengacaraan Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun

Share

Larry King yang merupakan host ikonik CNN yang menjadi ikon menerusi wawancara dengan bermacam-macam personaliti serta megutarakan banyak berita menarik telah meninggal dunia.

Satu kenyataan disiarkan di Facebooknya yang telah disahkan yang mengumumkan pemergiannya. Berita kematiannya ini disahkan oleh anaknya, Chance pada Sabtu pagi. Walaupun begitu, punca kematiannya tidak dinyatakan.

Seperti yang tertulis dlm kenyataan di Facebook itu, “Dengan kesedihan yang mendalam, Ora Media mengumumkan kematian pengasas bersama, pengacara dan rakan kami Larry King, yang meninggal dunia pagi ini pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles. Selama 63 tahun kerjayanya di platform radio, televisyen dan media digital, beribu-ribu wawancara, penghargaan, dan pujian global menjadi bukti bakatnya yang unik dan kekal relevan merentas zaman sebagai penyiar.”

Larry menjadi pengacara “Larry King Live” di CNN selama lebih dari 25 tahun, sepanjang kerjayanya pernah menemuramah calon presiden, selebriti, atlet, bintang filem dan orang kebanyakan. Dia bersara pada tahun 2010 setelah merakam lebih daripada 6,000 episod rancangan itu.

Sumber Gambar: Instagram Larry King

IKLAN