Pelakon, Lana Nordin baru-baru ini menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Mohd Daud David McKienzie yang berstatus mualaf kini sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Lana atau nama sebenar Mazlina Hassan Nodin (44) yang kini masih berada di Tanah Suci turut meluahkan rasa terharu dan bahagia hingga menitiskan air mata saat melihat Kaabah di depan mata
“Alhamdullilah saya adalah isteri, ibu dan anak yang bertuah kerana kami sekeluarga sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama. Terima kasih Allah SWT kerana memudahkan umrah dan memberikan barakah”
“Terima kasih ALLAH SWT kerana menjemput kami ke sini dan merealisasikan doa saya,” katanya.
Ads
Kredit: Instagram Lana NordinKredit: Instagram Lana Nordin
Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak itu turut menzahirkan rasa bangga dan hormat kerana suaminya, David (45) berjaya menunaikan umrah buat kali pertama. Lana juga sempat memuat naik video memaparkan suaminya sedang menyempurnakan saie sambil mendukung anak lelaki mereka dan bertahallul.
“Kepada suami saya, saya sangat bangga dengan awak sebagai isteri. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya, cinta, dan rasa hormat saya kepada awak. Terima kasih Allah atas kurniaan hidayah kepada keluarga saya,” kongsinya.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti dan warga internet juga tidak henti mendoakan Lana serta keluarga dikurniakan umrah yang mabrur.
Sekadar info, Lana dan Mohd Daud David McKienzie yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Pasangan manis itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie (8) dan William Daud McKenzie kini berusia 4 tahun.
Ads
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila terdengar berita kematian, perkara pertama yang terlintas selain memberitahu kepada ahli keluarga terdekat, kita biasanya akan menghubungi pengurus jenazah kawasan bagi urusan gali kubur selain mandi dan kafankan.
Bagi yang pernah merasai kehilangan pasti tahu bagaimana perasaan ini. Islam juga menggalakkan pengebumian segera agar tidak menyeksa jenazah. Namun meski beragama Islam, ada juga yang masih jahil termasuk berkira tentang kos pengurusan jenazah sehingga sanggup mengebumikan jenazah selepas setahun disimpan.
Inilah pengalaman dikongsikan oleh pengurus jenazah, Mohamad Manderes Abdul Rahman, 42 tahun yang sudah 26 tahun terlibat dalam pengurusan jenazah di kawasan Batu Caves, Selangor.
Ustaz Mohamad berpengalaman 26 tahun dalam pengurusan jenazah di kawasan Batu Caves, Selangor
Berkongsi pengalaman sepanjang 26 tahun lalu, kata Mohamad atau mesra disapa Ustaz Mohamad, dia teringat pernah memandikan satu jenazah yang sudah setahun di simpan di rumah mayat sebuah hospital di sini.
“Mayat ini sudah setahun disimpan dalam peti sejuk hospital. Warisnya ada tapi tak mahu keluarkan duit bayar pengurusan jenazah termasuk harga kain kapan. Disebabkan sudah setahun disimpan, satu hari saya dipanggil untuk uruskan jenazah lelaki muslim ini.
Sekalipun disimpan dalam peti sejuk hospital tapi bagi satu tempoh agak lama, perut akan pecah dengan sendiri. Ulatnya berwarna hitam dan berbulu. Bukan macam ulat sampah yang dihurung lalat
Kata Ustaz Mohamad, dia sentiasa bersangka baik pada semua jenazah diuruskannya tapi jenazah lelaki ini benar-benar memberinya satu pengalaman lain.
“Disebabkan sudah setahun disimpan, walau dalam peti sejuk tapi mayatnya sudah mereput. Di perutnya penuh ulat mayat. Bukan macam ulat sampah warna putih tu tapi warna hitam dan berbulu-bulu. Paling senang nak imagine macam ulat bulu tu. Penuh hitam badannya.
“Ulat sampah datang dari lalat dan sebab itu warnanya putih. Tapi ulat mayat nie berbeza betul. Hitam warnanya. Datang dari haba perut kita selepas meninggal. Walau pun luar sejuk tapi haba badan panas. Paling senang nak tengok keadaan sama seperti ikan kembung pecah perut.
“Tugas saya adalah mengaut dan membuang keseluruhan ulat bulu ini. Penuh juga dan selepas itu saya mandikan. Fizikal jenazah dah tak macam orang baru meninggal, terlalu uzur. Sana sini dan mereput dan tertanggal.
“Lepas mandikan semua, saat dah kapan baru nampak kepalanya tergolek dalam troli. Disebabkan itu, saya mandikan kemudian. Memandangkan dah banyak reput, kita biasanya tak cantumkan pun, cuma letak di sisi mayat dan bila tanam begitu juga, letak di sisi,” katanya ketika ditemui.
Kata Ustaz Mohamad, dia tidak pasti punca kematian lelaki tersebut namun apa yang mengejutkan dirinya, semasa di tanah perkuburan, datang waris jenazah ini dan mengaku itu saudaranya.
“Mereka tak uruskan jenazah sebab berkira nak keluarkan duit pengurusan jenazah. Beristigfar saya, ada juga orang Islam yang jahil begini tapi saya sentiasa mahu bersangka baik dan meneruskan tugas sehingga selesai,”katanya berkata, individu yang menyeksa jenazah dengan tidak mahu mengebumikan dengan kadar segera atas alasan tiada duit adalah berdosa besar hukumnya.
Bagi Ustaz Mohamad, apa yang dikongsinya ini adalah sebagai pengajaran semata-mata dan dijadikan iktibar kerana menurutnya pengurusan jenazah bagi orang islam itu amat mudah sebenarnya tapi karenah ahli keluargalah penyebab kepada beberapa kesulitan timbul sehingga jadi kes di atas.
Perlukah mayat mangsa hancur seperti dilanggar keretapi dimandikan? Tonton video ini!
Dalam pada itu, jelas Ustaz Mohamad, apabila jenazah orang Islam itu meninggal dalam keadaan mayatnya hancur dan sebahagian anggota badan hilang, biasanya bagi kes-kes kematian akibat dilanggar komuter atau keretapi, jenazahnya tidak wajib dimandikan sama seperti jenazah yang sempurna.
“Kita perlu tayammum sahaja. Menggunakan debu dari tanah dan sapukan sekali di tubuhnya sebelum dikapankan. Tayammum ini dilakukan bagi mengelakkan anggota tubuh terus hancur jika terkena air.
“Bila selesai, kapankan terus dan kemudian disolatkan. Biasanya bagi kes-kes begini, pihak hospital tak akan menjahit anggota badan apatah lagi jika kebanyakan anggota badan itu sukar ditemui di lokasi kemalangan.
“Kta biasa uruskan saja jenazahnya mengikut apa diberikan. Tapi solatnya macam biasa. Jika kemudian selepas ditanam, kita terjumpa sebahagian anggotanya dan kalau selepas dna mengesahkan itu memang mayat individu itu, wajib kita basuh dan solatkan anggota tubuh berkenaan. Tak perlu gali semula kubur individu tapi cukuplah dengan menanamnya di tanah perkuburan,’katanya memaklumkan kos pengurusan jenazah termasuk mandi, kain kapan, solat jenazah, upahnya adalah sebanyak RM450 sahaja.
“Urusan ke kubur menggunakan van jenazah itu lain. Biasanya RM10 di hospital kerajaan jika dalam daerah tapi dikiran RM2 bagi satu kilometer bagi luar daerah,”katanya ketika ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Mimi Lana tampil berkongsi pandangan mengenai realiti industri hiburan yang menurutnya tidaklah seburuk atau ‘sekotor’ seperti sering digambarkan oleh segelintir pihak.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Mimi mengakui setiap industri pasti mempunyai sisi baik dan buruknya tersendiri. Namun, sepanjang pengalamannya bergelar anak seni, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan ramai insan baik walaupun masing-masing menyimpan kisah hidup penuh ujian dan trauma.
“Saya bukan daripada keluarga yang kaya dan berharta ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri ini. Saya datang tanpa apa-apa. Tiada wang, tiada keistimewaan, tiada perlindungan. Tapi pendek kata, Allah telah memberi saya banyak rahmat dan kebaikan daripada kesakitan Alhamdulillah.
“Saya berjumpa dengan ramai pelakon yang sangat bagus, tetapi membawa 1001 trauma dalam hidup mereka. Trauma yang membuatkan saya sendiri berfikir, ujian dan dugaan yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka.
“Ada yang dari kecil parents divorce, tinggal seorang diri. No parents, no grandparents to take care of them. Communication dengan ibunya hanya melalui telefon, dan hanya dapat berjumpa sekali-sekala bila ibunya pulang ke rumah,” kongsi Mimi di Threads.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada aktor kacak Syafiq Kyle ini turut mendedahkan sikap baik seorang pelakon senior yang cukup dikaguminya iaitu Nabila Huda atau mesra disapa Abil.
Menurut Mimi, ketika dia masih baru dan belum mempunyai nama dalam industri, Abil tanpa ragu meminjamkannya sebuah bagasi besar yang dipenuhi pakaian musim sejuk bagi kegunaan kerja di luar negara.
“Saya masih ingat 10 tahun dulu ketika saya pertama kali melangkah di dalam industri. Nabila Huda, yang saya sentiasa panggil Abil, pernah pinjamkan saya satu luggage besar penuh dengan winter clothes sebab saya ada kerja di overseas.
“Zaman itu saya memang tak ada duit, kereta pun belum ada. And the truth is, I was nobody at that time. Tak ada nama, tak ada tempat Tapi dia sudi membantu seorang budak jalanan yang baru nak kenal dunia industri ini. Dan tidak pernah di war warkan,” dedah Mimi lagi.
Tambah Mimi, kebaikan yang diterimanya itu menjadi antara bukti bahawa masih ramai individu berhati mulia dalam dunia seni, sekali gus menolak persepsi negatif terhadap industri hiburan secara keseluruhan.
Pelakon filem The Expert itu turut menitipkan pesanan buat sesiapa sahaja yang berhasrat menceburi industri hiburan sebagai pelakon agar sentiasa bijak membawa diri, merendah diri serta menjaga hati dan keselamatan diri dengan sebaiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambil berpantun, sambil berlakon, sambil menabur segala macam easter eggs di dalam iklan raya Netflix yang dibintangi oleh Datuk Jalaludin Hassan.
OMG, Netflix simply nailed it!
Seperti kebiasaan, pelbagai jenama dan syarikat tempatan tak terlepas untuk memperkenalkan iklan Raya masing-masing pada tahun ini. Buat kali pertama Netflix juga telah terkena demam iklan Raya ini dan ternyata, ramai yang memuji iklan tersebut.
Bagi peminat rancangan bersiri Netflix, pastinya korang dapat mengesan rancangan kegemaran masing-masing sepanjang iklan ini.
Ia bermula dengan adegan Datuk Jalal memandu pulang ke rumah sambil berpantun. Mind you, beliau akan berpantun sehingga ke akhir iklan – satu kelainan berbanding iklan raya yang lain. Tapi penulis masih tertanya-tanya sekiranya korang tahu apa reference kepada rim kuning kereta Datuk?
Sambil itu, lagu tema Stranger Things dimainkan sehingga Datuk melangka masuk ke dalam rumah dan beliau berjumpa dengan cucunya yang sedang melukis ‘Mind Flyer’ dari Stranger Things di atas lantai.
Sehinggalah kamera zoom in dan korang akan nampak bentuk ketupat gergasi! Penulis juga sukakan reference dialog Datuk yang berbunyi, “Terbalikkan lah pandangan agar dapat dilihat dengan lebih jelas.” yang merupakan direct translation kepada look at things upside down.
Oh, dan juga kiraan sehingga ke sebelas yang merujuk kepada watak Eleven dalam di dalam Stranger Things.
Fandom much. Can we continue…?
Kemudian Datuk berkata, “agar jawapan muktamad..” yang merujuk kepada rancangan beliau sendiri, Who Wants To Be A Millionaire.
Apabila ahli keluarga beliau sedang bertekak di dapur sambil memakai baju berwarna jingga, penulis teringatkan siri Orange Is The New Black. Tambahan pula dengan aksesori gantung mirip jail bars itu.
Datuk pun menggunakan polaroid untuk menenangkan mereka, serupa dengan skrip 13 Reasons Why.
Kemudian adegan berubah ke dapur dan obviously, reference kepada Chef’s Table digunakan pada cara sinematografi dan lagu latar yang digunakan. Penulis ketawa sendirian bila melihat ada sepinggan waffle di atas meja – reference kepada eggos di dalam siri Stranger Things!
Topi yang dipakai oleh cucu Datuk pun menyerupai Trucker Hat yang selalu dipakai oleh watak Dustin dari siri tersebut.
Akhir sekali sebelum berakhir, si Opah menyerupai watak Claire Underwood dari House of Cards dengan tudung blonde-nya (bagi menggantikan rambut) dan latar bendera negeri Johor serta Jalur Gemilang.
Fuhh, did we get everything right, Netflix Malaysia?
Apapun, tahniah kepada Netflix kerana semakin lama semakin mendekatkan diri dengan peminat saluran tersebut di Malaysia. Korang boleh menonton video penuh di Facebook Netflix MY.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.