Lakonan, Sinematografi Cameron Highlands Terserlah Dalam The Garden Of Evening Mists

Share

Satu-persatu filem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menemui penonton di pawagam pada bulan ini.

 

Jika pada minggu lalu, penonton Malaysia disajikan dengan filem 1917 yang memenangi anugerah Golden Globes, minggu ini filem The Garden of Evening Mists pula menyusul.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Perang 1917 Gunakan Teknik Solo Shot, Diangkat Filem Terbaik


The Garden of Evening Mists secara ringkasnya menyampaikan kisah seorang wanita bernama Yun Hong (Serene Lim) yang ditangkap oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai pemuas nafsu mereka.

Sebagai cara untuk melupakan seksaannya, Yun Hong akan berkongsi dengan kakaknya, Yun Ling (Sinje Lee) mengenai impiannya untuk membina sebuah taman Jepun selepas dirinya bebas.


Namun, hayat Yun Hong tidak panjang dan Yun Ling ingin merealisasikan impian itu. Namun, rasa kasih mula terjali di antara Yun Ling dan seorang tukang kebun Jepun bernama Nakamura Aritomo (Hiroshe Abe).

Corak lakonan setiap bintang dalam flem ini dilihat amat berkesan. Korang akan mudah percaya dengan rasa marah, terseksa, kesedihan dan harapan yang mereka paparkan.

Tak hairanlah apabila Sinje Lee telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Golden Horse untuk watak Yun Ling, baru-baru ini.


Kesimpulannya pada hemat penulis, The Garden of The Evening Mists merupakan satu naskah yang sudah lama tidak ditonton di pawagam. Dari sudut pandang sinematografinya, penonton akan terbuai pemandangan bumi Cameron Highlands.

Ia menambah nilai romantis pada jalan cerita cinta ini dan korang akan merasa familiar dengan pemandangan kebun teh dan Mossy Forrest yang biasa kita kunjungi. Tak salah kalau penulis katakan ramai yang akan berkunjung semula ke Cameron Highlands selepas ini.

The Garden of Evening Mists mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menontonnya okay!

IKLAN