Lagun Bertukar ‘Pink’! Cantik Tapi Masyarakat Wilayah Ini Tertanya Puncanya

Share

 

Kami tahu, ramai yang teruja apabila melihat sesuatu objek yang berwarna merah jambu ataupun pink; lagi-lagi dalam kalangan remaja perempuan. Namun, kejadian alam berwarna merah jambu ini memang membuatkan banyak pihak bingung!

Tahukah korang, sekiranya sebuah tasik atau lagun berwarna merah jambu, ia bukanlah kawasan yang harus korang jadikan sebagai lokasi bergambar.

Nampak saja luarannya cantik tetapi ia amat merbahaya dan boleh membawa maut.

Sumber Gambar : Insider

Sepanjang pandemik COVID-19, media kerap melaporkan bagaimana alam semulajadi di kebanyakan negara semakin sihat dan kembali ‘bernafas’ tanpa kelibat manusia.

Bagaimanapun, nampaknya masih ada segelintir pihak yang rakus menggadai alam sekitar demi kelangsungan hidup (dan poket) mereka.

Lagun yang terletak di wilayah Patagonia, Argentina ini nampak menenangkan namun airnya bertukar warna kepada merah jambu disebabkan isu pencemaran.

Sumber Gambar : sciencealert.com (Daniel Feldman/AFP)

Menurut laporan, beberapa orang pakar dan aktivis menyifatkan perubahan warna air kepada merah jambu ini adalah selepas ia dicemari dengan bahan natrium sulfit; iaitu sejenis produk anti-bakteria yang digunakan di kilang untuk memproses udang dan ikan.

Difahamkan, bahan buangan itu terlebih dahulu mencemari sungai Chubut dan mengalir ke lagun berdekatan serta beberapa kawasan sumber air lain di wilayah itu.

Jurutera alam sekitar dan ahli virologi, Federico Restrepo pula mengatakan bahan sisa dari kilang itu gagal dirawat sebelum dibuang.

Sumber Gambar : Insider

Sementara itu, penduduk yang tinggal berhampiran lagun mengeluh kerana implikasi bau busuk setelah kawasan air dicemari. Disebabkan isu ini sudah banyak kali berlaku, beberapa orang penduduk bertindak menutup jalan raya yang menjadi lorong masuk lori-lori yang membawa sisa ikan yang diproses di kilang berkenaan.

Yang cantik jangan diingat berbau harum. Kadangkala, luaran boleh menipu kita, hiks!

Sumber: India Times

IKLAN