
Dahulunya, Shawn Mendes dan Camila Cabello sebaik mungkin hendak menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada pandangan umum.
Namun sejak 4 bulan lalu, mereka telah menjadi pasangan selebriti official setelah foto bersama secara terbuka dan sejak itu, there is no turning back! Hehe..
Lihat sajalah semalam, mereka dilihat tidak segan silu bermesra di perlawanan bola keranjang.

Terbaru, Shawn Mendes dilihat menyanyikan lagu mengenai teman wanitanya itu.
Semalam, Taylor Swift telah melancarkan lagu remix untuk single ‘Lover’ bersama Shawn. Dan jika korang perhatikan kepada bahagian lirik yang dinyanyikan oleh Shawn, ia jelas menunjukkan bahagian tersebut 100% mengenai Camila.
We could light a bunch of candles
And dance around the kitchen, baby
Pictures of when we were young would hang on the wall
We would sit on the stoop
I’ll sing love songs to you when we’re eighty
See, I finally got you now, honey, I won’t let you fall
*
Rata-rata peminat mereka berdua mengetahui Shawn dan Camila telah berkawan untuk bertahun-tahun lamanya. Namun mereka mengambil masa untuk akhirnya bercinta.
Single remix bagi ‘Lover’ ini adalah nota cinta Shawn untuk Camila. Sekarang, kita semua boleh mengharapkan sebuah lagu penuh oleh Shawn Mendes pula untuk penyanyi ‘Liar’ itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Keith Foo Sedia Peluk Islam Sebelum Nikahi Riena Diana

Pelakon kacak, Keith Foo baru-baru ini memberi bayangan bahawa dirinya bakal memeluk agama Islam pada tahun hadapan sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita terkenal, Riena Diana.
Menurut Keith atau pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin (42), beliau sudah lama mendalami ilmu agama dan mula menunjukkan minat terhadap Islam sejak sebelum mengenali Riena lagi.
“Sejak ada Riena saya banyak minta tunjuk ajar seperti membaca doa makan dan banyak lagi. Apapun, doakan kami dan lihat apa yang akan jadi tahun depan. Ada kejutan tahun depan,” kata Keith.
Pada masa yang sama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal (27), turut berkongsi bahawa Keith memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk memilih nama Islam sekiranya dia memeluk agama itu kelak.

“Sebenarnya ada berita gembira, Keith beri peluang untuk saya pilih nama Islam dia. Nama Islam kita sudah ada, tetapi belum sedia untuk kongsi bersama umum,” kata Riena.
Menurut Riena, Keith memilih untuk mendalami Islam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memeluk agama secara rasmi dan berkahwin.
“Saya tidak mahu orang kata, Keith memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin. Sebab itu sekarang saya gembira untuknya yang cuba mendalami Islam,” ujarnya.
“Kalau boleh tidak mahu hari ini peluk Islam, esok berkahwin. Keith sendiri beritahu yang dia mahu peluk Islam terlebih dahulu dan belajar tentang agama barulah berkahwin. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.

Sementara itu, pasangan romantis ini juga tidak mahu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga, malah menyerahkan urusan tersebut kepada pihak keluarga masing-masing.
Hubungan mereka yang semakin serius ini ternyata menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya. Sama ada tentang agama atau perkahwinan, Keith dan Riena memohon untuk terus mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindunya ‘Laskar Pelangi’! Nidji Kembali Ke KL Selepas 4 Tahun Dengan Kemunculan Budi Doremi

Setelah empat tahun kempunan menyaksikan kelibatan band popular dari Indonesia, Nidji di Malaysia dek kekangan musim pandemik, mereka kini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac ini menerusi konsert Dream Collaboration.
Khabarnya, Nidji bakal hadir dengan suatu kejutan istimewa yang belum pernah disaksikan di mana-mana konsert Nidji di sini sebelum ini.
Bercakap kepada REMAJA dalam sebuah sidang media, Nidji yang dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock moden seperti Hapus Aku, Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time dan banyak lagi.
Begitupun bagi konsert Dream Collaboration di Kuala Lumpur yang menjadi sebahagian daripada siri Dream Festival yang cukup terkenal di Indonesia, Nidji tidak akan hadir keseorangan apabila ia akan ditemani dengan rakan penghibur solo, Budi Doremi.
21 Tahun, Banyak Perubahan
Nidji bukan lagi sebuah band yang memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. 21 tahun ruang masa yang dipenuhkan Nidji tersebut dengan pengalaman dan eksperimentasi muzikal sekaligus menjadi sumber kekuatan dan kematangan muzik mereka.

Kali terakhir Nidji bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka telahpun meluncurkan beberapa lagu baharu seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta serta lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan saxaphone.

Kali ini, khabar Ubay, mereka amat teruja bagi menghiburkan peminat di Malaysia yang juga merupakan lokasi di luar Indonesia pertama yang menjadi pilihan Nidji bagi melakukan persembahan selepas fasa pandemik.
“Oleh kerana konsert ini menggabungkan genre rock moden Nidji dengan pop reggae oleh Budi Doremi, akan jadi sesuatu yang menarik di atas panggung nanti untuk didengarkan.
“Bahasa muzik itu universal. Walaupun Nidji dan Budi berbeza, mudah-mudahan kami mampu membuat persembahan yang menyatukan kedua-dua dunia.”

“Sekian lama tidak datang ke Malaysia, tentunya kami teruja apabila diundang semula. Senang banget, apatah lagi bila mengimbas semula kenangan konsert di MITEC pada tahun 2019. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-21 Nidji. Walaupun ahlinya bersilih ganti dan muzik Nidji juga semakin berevolusi, kami pasti peminat di Malaysia tetap setia menantikan kehadiran kami,” katanya.
Tambahnya lagi, satu lagi punca keterujaan mereka tentulah untuk menikmati semula makanan-makanan yang ada disajikan di Malaysia. “Pengen Nasi Kandar!” bilang mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Ke Indonesia Bagi Persediaan Duta Produk, Sempat Selit Kerja Amal Dengan Peminat – REMAJA
Budi Doremi Bawa Nafas Baharu
Nama Budi Doremi mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Begitupun, nafas baharu yang dibawakannya dalam muzik yang diperkenalkan amatlah menyenangkan dan menenangkan.

“Untuk konsert ini, persiapan saya lebih ke arah persiapkan fizikal agar sihat dan mempergiatkan latihan. Mudah-mudahan semuanya lancar.
“Sebenarnya sejak saya berusia lima tahun lagi, saya ingin berkolaborasi dengan Nidji. Dan itu sudahpun terjadi sekarang, syukur,” luahnya.
BACA LAGI: Kain Batik Disarungkan Penuh Bangga Oleh 10 Selebriti Indonesia Ini Di Festival Filem – REMAJA
Tiket konsert Dream Collaboration: Nidji X Budi Doremi sudah boleh didapati di platform Ticket2U. Harga tiket bergantung kepada kategori yang ditawarkan, terdiri daripada; Festival (Early Bird – Free Standing), RM214; CAT1 (Upper Deck), RM474 dan CAT 2 (Upper Deck) RM364.
Manakala, kategori Royal Box yang boleh menampung sehingga 8 orang penonton pula dijual pada harga RM4,694 setiap satu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peroleh Markah Paling Rendah, Tom Jadi Peserta Keempat Tersingkir Gegar Vaganza 9

Gegar Vaganza 9 menyaksikan barisan penyanyi hebat membarisi senarai finalis. Pada minggu ketujuh pertandingan, Tom atau nama sebenarya, Raja Farah Afzal Raja Ikram akur menjadi peserta keempat tersingkir.
Menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak, Tom berada di kedudukan tercorot dengan mencatat markah hanya 55.20 peratus
Tom yang dahulunya popular sebagai juara rancangan realiti My Starz LG ternyata kelihatan tenang apabila namanya disebut sebagai peserta yang tersingkir.
Bob berada di kedudukan juara dengan meraih markah 85.60 peratus, manakala Shila Amzah dan Tomok pula berada di kedudukan kedua dan ketiga. Mereka masing-masing mengumpul markah sebanyak 84.10 dan 81.50 peratus.
Konsert minggu ketujuh ini telah diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.
Pada konsert minggu hadapan, sembilan peserta yang masih bersaing bakal membawakan lagu yang pernah mengungguli carta.
Antara lagu yang akan dinyanyikan adalah My Baby You (Bob Yusof), Coba (Shila Amzah), Mentera Semerah Padi (Tomok), Hijau ( Dina Nadzir), Rozana (Kumpulan VE), Lelaki Ini (Jaclyn Victor), Widuri (Hazrul Nizam), Tiara (Asheed Def Gab C) dan Laila Namamu Teratas (Fuad Rahman).
BACA JUGA: Cantik & Bijak, Pelajar Jurusan Ekonomi Dinobatkan Sebagai Miss Korea 2022
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

