Lagu BTS Jadi Soundtrack Filem Playing With Fire, Serius Berbaloi & Menghiburkan

Share

Filem komedi antara yang sering mendapat tempat di hati penonton masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada kita menonton genre seperti ini untuk berhibur dan bersantai tanpa perlu memeras otak untuk berfikir.

Playing With Fire lakonan John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo dan Brianna Hilderbrand membuka tirai 2020 dengan lagak komedi santai yang pastinya sangat sesuai ditonton seisi keluarga buat mengisi masa lapang dan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain.

Filem ini mengisahkan tentang sepasukan anggota bomba terpaksa menjaga tiga orang beradik yang mereka telah selamatkan daripada kebakaran dan tanpa disedari, mereka berhadapan detik sukar untuk mengawal ketiga-tiga beradik nakal itu.

Seperti yang korang tahu, sebelum ini John Cena merupakan seorang ahli gusti yang popular sekitar awal tahun 2000-an dahulu. Kalau lihat lagaknya yang garang dan serius tu, korang hampir tak percaya jika lelaki ini mampu melakonkan watak komedi dengan baik sekali.

Boleh dikatakan satu panggung terhibur dengan aksi lucu yang dibawa oleh John Cena bersama rakan-rakannya dalam filem ini. Ada sahaja babak yang bikin korang nak tergelak.

Walaupun jalan ceritanya agak cliche, tapi macam kami katakan tadi, untuk hiburan santai dan mengisi masa lapang bersama orang tersayang, why not korang try menonton filem ini. Memang sempoi habis. Dari awal cerita sampailah akhir, memang kami terhibur.

Malah, lebih gempak lagi apabila filem ini turut menggunakan lagu BTS yang bertajuk Fire sebagai muzik latar.

Menurut laporan Koreaboo sebelum ini, John Cena menjelaskan bahawa pengarah filem tersebut bertanggungjawab terhadap keputusan bagi memilih lagu tersebut untuk dimuatkan dalam filem itu.

Nah, kalau korang bukan Army pun, korang akan terhibur menonton Playing With Fire. So guys, weekend ni bolehlah beramai-ramai serbu panggung wayang, yeah!

IKLAN